Followers

#Random











I may have hundreds friends around me , thousands on social network, but I just stop and think , 
" how many friends are really there for me during my  hard times ? "


Doing some counting, in entire life and times, I may have less than 5 persons that truly cares about me .
 Sad story but it's true 




Apa apa yang terlintas


Facing the same problem again , which is , you have a tons , hmm maybe a 'grams ' of work need to be done but you stuck because you are confused which one u want to start first


And  when the moment come to me , I start to open my old text and my photo album , go through all the memories and I start miss each of them .. hmmmm , Tak bantu langsung la sarahhh .. 



Pagi pagi esok lagi , kelas medical instrument .. Hhuhuhu . 
Silalah , batman dan keluangman sekalian memberikan kekuatan anda kepada saya untuk menjejakkan kaki ini ke lab.. Saya sungguh fobia bila di soal tentang 'OpAmp' ..


Minggu ni Kuiz Entrepreneur , arghhh . 
sungguh rasa kembali pada zaman sekolah dulu .. 
sejibik sejebon belajar macam PKU .. 
ohh , Wahai keyword -keyword / sebutan-sebutan ' keusahawanan silalah laju laju masuk dalam kepala ni ye ...  
Tiba tiba teringat , surat cinta dari IPB nak bawak fly pergi Aust . 
Kenapa lah aku tak pilih track tu .. 
dan kenapa lah dua tiga minggu ni asyik teringat ingat tawaran tuu .. 
dan aku masih tertanya, 'Kenapa !' 

Pastu , sejak sejak rajengnya ayah aku online .. 
peliks !

Tahniah , untuk sepupu ku , 
Merangkap kawan kami adik beradik kami waktu mak ayah takde hampir satu bulan setengah
 sebab sebab dah kawengg !

Pastu , 
Saya makan herbalife tau !
bukan sebab nak kurus .. Nak kurus tu target no 10 .. 
Tapi , sebabkan untuk tulang belakang ku yang masih tercedera ni . 
Alhamdullilah , no more pain gang !
Serius  , Patut makanggg !

Esok , entrepreneur direct ! Malasssss !



oke , sekian sahaja updates dari orang yang sangat malas malas malas sangat pada malam berbahagia ni .. 
Ya Allah , merapu gila tulis ni ... 




Sarah si pemalas !



Nafsu

I've learn something from Halaqah tadi ,

" Jangan  kita meng-agama-kan nafsu  "

Dimana bermaksud disini , *ceeewah sarah , sastrono negara katakan .. Oke , berbalik yang asal . maksud nya , janganlah kita meletakkan agama kita sebagai pelepas nafsu kita . Aipp , jangan nakal nakal fikir yang bukan bukan . Nafsu kan banyak .

Nafsu Amarah
Nafsu Lawama
Nafsu Marhamah
Nafsu Mutmainah
Nafsu Raudiah
Nafsu Kamaliah
Nafsu Mardiah


Dalam halaqah kami membincangkan tentang isu couple couple ni , yang mana mereka meletakkan Allah sebagai aras untuk mereka saling berhubung . Faham ? 

Pernah dengar tak sekeliling cakap , atau kawan kawan kita cakap , 

"Aku cintakan Umaira sebab Umaira tu alim , baik , patuh agama , solat selalu bagi nasihat .. "

"Tapi aku tetap letakkan Allah paling atas sebab aku nak dapat redho Allah dulu . Kalau dah dapat redho Allah baru la best , halal je cinta kami ni  "


Persoalan pertama disini ialah , betul kah anda meletakkan Allah yang pertama di hati anda  ? Sedangkan solat pun macam nak patuk pokok je . Tung tang tung tang dah siap .

Persoalan kedua ialah , Betulkah Allah redha dengan dengan cara anda bercouple dalam menyampaikan dakwah ? Sedangkan setiap kali on call bermuah muah . Mana nasihat mu ?

Persoalan ketiga ialah , Halalkah awak dengan dia ? Only nikah buatkan acuan lelaki dan perempuan itu halal . 

Dan saya ingin ulang lagi untuk persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita  ? Tapi tapi tapi siapa dahulu yang anda cari ketika anda betul betul down ? boyfriend / girlfriend kan ..

Saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkan kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita  ? Tapi sebenarnya kita meletakkan Allah sebagai 'penyedap' untuk kita terus mengikut rentak nafsu kita untuk terus hanyut bersama kekasih masing masing kan  ? 

Saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Atau meletakkan sahaja Allah itu  sebagai bualan kita dengan boyfriend / girlfriend kita supaya nampak kita concern sangat dengan islam . Kan ?

Saya ulang sekali lagi untuk persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Sedangkan , setiap langkah kita ingat pada kekasih kita , terbayang bayang dia di sebelah sebagai perlindung ,  

dan sekali lagi ingin saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Kalau macam tu , sebarkan dan tebarkan ayat ayat cinta dari dia kepada sahabat sekeliling . Tapi , fact is .. Anda masih sibuk berkata kata soal kebaikan/kesweetan dia kepada sekeliling anda . Allah kat mana ? 



.............................................................

Bukan sekadar meletakkan Allah sebagai pengukur kepada untuk kita selesa untuk bercouple , tapi Rasullulah & Al Quran jugak .. 
Berhati hati lah dengan setiap perbuatan kita yang kadang kita tak sedar pun kita sebenarnya sedang ditipu oleh syaitoooonn . 


.............................................................


Jadi , Kawang kawang semua . Janganglah kita meletakkang Allah / Al- Quran / Rasullulah itu sebagai  satu penanda aras untuk kita terus melakukan dosa dan selesa melakukan dosa . 


.........................................................
Saya bertulis tulisan ini untuk peringatan diri saya sendiri yang lemah  yang banyak dosa . Tapi saya nak share jugak , supaya nanti  kalau saya dah takde kat dunia ke orang ingat jugak saya bila bukak blog yang takde followers ni . Kan ?

Saya pun manusia biasa , masih lagi macam dulu . Masih lagi berkawan dengan lelaki , masih lagi kasar , masih lagi macam dulu . But , i'm try my best . 





sarah  , 
1213

Make Me Strong


Alhamdulillah . He gives us another chance to breath the air and see the world . yeah , semalam  agak down dengan diri sendiri . Ye lah pemalas sangat ! Tiba tiba diri rasa kurang motivasi . But then , pergi bilik Kak Nur , borak borak . Sekurang - kurangnya termotivasi la  sikit .
O allah. make me strong..
Even the day has gone darker than a night without moon, make me strong.
Even the wind turns to be colder than the striking waves, make me strong.
Even the road's full with thorns, make me strong o allah..to walk ahead and ahead.




Bulan


Capai telekung subuh tadi . Mata msih lagi kelabu asap . Mengantuk ! Saat aku sarungkan telekung , terpandang dari sisi tepi kiri aku . Tingkap terbuka luas . Samar samar langsir 'lace' mengaburi cahaya indah itu .
Aku selak langsir itu .
Subhanaallah , Bulann cantik gila !
Nak ambik gambar bulan itu ,
Malangnya , berapa HD pun camera nset ni tak mampu lawan HD nya mata ni .
Dan , jam 740 pagi ini
Sang bulan masih setia memerhati aku dari sisi kiri ini .
Walau suria telah lama meninggalkan mu ,
Tapi kau tetap tersenyum indah .
Membuatkan aku tenang tenang tenang lihat kau bulan !


Berita Kematian

Termenung sekejap . Terhenti sekejap melayan assignments . Lantas , tangan mengengam erat mouse . Melalaikan diri dengan Facebook . Hmmm status belakangan ini ramai yang kehilangan orang tersayang . Serius ramai sangat ! Berita seminggu yang lepas masih lagi terngiang ngiang ..

salam .kawan kite nazurah yaakob accident.. sekarang tengah koma dalam ICU..Doakan beliau cepat sembuh   and sedar k... "


Berita yang sampai terus membuatkan diri ini meronta ronta ingin terus terbang ke Johor . Terpisah selepas UPSR dan kini , berita yang sampai dia sedang KOMA . Subhanaallah . Aku terduduk ! Bertubi tubi persoalan menghentam , 

" sempatkah aku bertemu dengan dia dengan keadaan diri nya waras ? " 


Selang beberapa hari lepas tu pulak , kawan sekelas waktu sem 2 pun accident depan BMI . Hari tu jugak kali pertama aku nampak dia dekat Bmi dan petang tu accident . 
Lepas tu , Dapat pulak berita dari Min , ex - Bmi yang ayahnya dah pergi tinggalkan dia . 
Kemudian , Dapat lagi berita sahabat ISI telah kehilangan adik dia akibat dari darah beku di kepala sebab accident
Tak lama lepas tu , Baby cerita pulak yang adik Ustaz Azahari pun baru accident sekeluarga . Kereta tercampak dan sekian sekian ..
Semalam terbaca pulak kisah Siti Hajar Ahmad Sabir , saat kematian dan dugaan dia hadapi . Dan alhamdulillah , kini telah tenang ke dunia sana
Pagi ni , dapat berita abang kepada Wardiah Afiqah (adik) kawan satu sekolah teknik telah pergi ke alam sana . 
Beberapa jam lepas tu , Dapat berita dari Muiz , juga kawan dari sekolah teknik telah kehilangan sahabatnya  

Ya Allah , banyak sangaat berita berita kehilangan aku dengar dalam 2 minggu ni . Bukak je facebook , ada sahaja status status kehilangan mereka tersayang . Walau mereka mereka ni aku rapat pun tak , kenal sangat pun tak , tapii mati tu dekat sangat . Hampir sangat dengan diri ni . 


Kadang aku termenung . Pada dinding kosong . Imaginasi membawa aku ke suatu alam lain . Aku cuba bermain dengan dunia imaginasi aku . Aku cuba bayangkan , tiba tiba aku dapat panggilan dari keluarga mengatakan ayah aku dah pergi selamanya .. Aku selalu bayangkan apakah rasa yang aku akan rasa pada tiba saat tu nanti . Aku cuba . Dan yang pasti , airmata ini cepat jatuh menghentikan imaginasi aku yang bakal menjadi realiti suatu hari nanti . Ya aku pasti , apa yang aku bayangkan ini pasti akan menjadi sesuatu yang pasti . Pasti ! 



Kadang bila terbaca berita kematian , aku selalu terfikir apakah rasa mati itu ? Adakah aku sedar bila aku dah mati ? Lepas aku mati , siapa yang akan selalu sedekahkan aku Yaasin , peringan untuk aku di bawah sana nanti ? Nanti  waktu mereka solatkan aku solat jenazah , agak agak berapa kerat je kawan kawan yang nak solatkan untuk aku . Dan nanti , aku dah takde jasad aku ni tanam awal ke lambat ? Beribu soalan yang datang menghentam kotak bulat atas ini . 




Kadang aku fikir, bagaimana rasa sakit bila ditinggalkan? atau fikir bagaimana seksa bila meninggal? Tapi kedua-duanya. aku belum pernah rasa ditinggalkan. dan siapalah nak ada rasa itu? dan aku tak boleh cakap banyak macam mana rasa itu sebab belum ada dalam kalangan keluarga aku yang pergi 'sana' . *Kau tabahkan lah hati aku saat menerima berita itu , Ya rabb . 




Aku pernah rasa kehilangan orang yang aku sayang . Tokki aku , waktu tu aku baru darjah 2 . Aku ingat lagi , mula mula aku tak menangis , tapi bila saat mok suruh cium tokki untuk kali terakhir  aku menangis kuat kuat . Aku ingat lagi tu . Sebab lepas ni , tak de dah Tokki nak bawak aku jalan jalan naik motor . Aku ingat aku pernah mimpi Tokki dulu . Waktu tu Tokki dah gemuk . Tapi sekali tu je . *Aku rindu , Tokki . Kemudian , tahun lepas aku kehilangan 2 orang pak cik sedara . Sedih dia sampai saat ini masih terkesan . Aku rindukan mereka . Sampai sekarang aku masih tak percaya yang mereka dah tak de kat dunia ni . Aku teringat lagi , saat kami sekeluarga mengelilingi arwah . Allah , sayu hati ni tengok muka pakcik . Dua dua bila saat dikafankan , muka hampir sama . 





Dan aku bersyukur sebab Allah pinjamkan kotak fikiran ini dan meperlihatkan aku dengan berita kematian di facebok . Mungkin Allah bagi persediaan untuk aku sebelum  ditinggalkan atau  atau mungkin aku yang seterus akan diambilNya? wallahualam.



 " Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan." Al-Araf : 34



Bersedialah untuk menghadapi apa yang telah Allah S.W.T janjikan kepada setiap insan yang telah Dia ciptakan . Jagalah Solat , aurat , hubungan sesama manusia kerana mati itu bila bila masa .

Mungkin untuk aku , selepas aku menulis ini .
Barangkali , nama ku sudah gugur dari pohon di sana .





Bakal Jenazah ,
 Sarah 

Gigi

Saat ini mempunyai masalah untuk bercakap dan apa yang di cakapkan langsung tak berbutir .
Kadang mulut ni kejang  kepenatan sebab rahang atas tak boleh nak rapat .  Kadang rasa bercakap atas angin . Penat . Nak sebut 'S' jadi 'H' . Ini gara gara gigi belakang nak tumbuh . Nasib tak demam demam . Saya ni kan katang tapi tapi gigi geraham  baru ini sgt unpleasant .. Huhuhu .Tak tahu kenapa cerita kat sini tapi biarlah blog sendiri . Pengalaman tumbuh gigi baru ..

Okebai ,
dan dan dan

Kelas Physiology jam 3 ... Argghhhh ,








Saya gagah perkasa ,
Sarah