Followers

Gaza



Hai , mungkin masih belum terlaambat untuk aku memberi pandangan mengenai Gaza . Skop lagi kecik , Boikot ke tak ?
Mungkin dek kerana exam makanya aku hanya memerhati dan mendengar sekeliling bercakap . Aku tak punya hujah yang kuat untuk berkata kata . Hanya meluah ketidakpuasan hati kepada seseorang sahaja.


 “Nak boikot macam mana , produk Malaysian kebanyakkan dari Israel . “ - Katanya .


Entah , kadang aku geram mereka yang berbicara mengikut rasa tanpa berfikir apa yang harus dilontarkan . Kadang kadang cepat aku menyoal diri ini , Islamkah Aku ? Islamkah cara hidup ku ? Islamkah pemikiran ku ? Aku takut lari dari landasan gerabak itu . Gerabak menuju ke syurgawi . Aku pandang luar sana . Ramai islam . Ini Malaysia , rata rata kad pengenalan masing masing tercatit ISLAM disitu . Tapi saat saudara islam kita datang meminta bantuan , adakah kita bersama mereka ? Bila berlaku perang keatas umat islam , maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel . Tapi , yang aku nampak hanyalah sementara . Yup sementara !


 ……………………………………………………….. 

Isu boikot bukan lah sekadar boikot ,  yang kita mahukan adalah solidariti ummah . Adakah kita yang betul betul tinggal di negara islam ini mengecam tindakan kejam Israel itu ? Malangya , pada kaca mata saya yang sepet lagi jepung ni , Kita langsung tidak punya perpaduan Ummah . Ummah kita rapuh . Mungkin kita lihat , ligat sana sini berkempen pray for gaza , update twitter dan fb bagai , masing masing dengan pandangan masing , masing masing dengan hebat masing , masing masing dengan ego masing masing but then .. tengok tong sampah luar bilik terang tang tang baru kekenyangn makan Mc’D . Bukan saya cakap Mc’D tu haromm , takkk pun tapi tak timbul ke dalam hati tu bila makan menda alah tu kita macam menggalakkan lagi peperangan berlaku .

 “Alah aku beli setakat Mc’chicken je pun , tak de effect pun itu ini pun “ – Katanya

Hai cik kak , sedarlah .. kalau kita asingkan gula dengan beras pun , lama lama kita nampak jugak hasilnya . Walau sekecil mana gula yang kita kutip tu , lama lama terkumpul jugak cukup buat kopi O kurang manis bagi minum kat nenek . Sebesar mana pun beras kita kutip , lama lama cukup jugak nak buat bubur cukup sekali makan . Begitulah jugak situasi kita . Once kita rasa kita beli sekali kita tak rasa effect sbb sekali je . Tapi ce kalau esok tu beli lagi . Pastu esok lagi teringgin lagi nak makan pastu esok tu nak makan lagi . Bukan ke dah banyak yang kita sumbangkan ?
Dah jadi macam satu cycle yang tak berubah . Rigid! Dan kemudian operasinya tetap sama





. ……………………………………………………. 

 “Alah , Boikot bukan jalan apa apa pun, setakat boikot Mc’D tu , apalah sangat kan “ – Katanya . 

 Masih ingatkah kita kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud ?
Saat usaha dakwah Nabi Ibrahim terhadap kesesatan Raja Namrud sampai ke kemuncaknya, Baginda ditangkap lalu dicampakkan kedalam api yang besar dan marak... 
Ketika itu datanglah seekor burung kecil membawa air yang ditampungnya menggunakan paruhnya yang kecil lalu dicurahkannya air itu pada api besar yang sedang marak itu untuk memadamnya... Apabila Baginda bertanya kepada burung itu, mengapakah kamu wahai burung kecil cuba membantuku sedangkan usahamu tampak sia-sia untuk memadamkan api yang besar ini. Lalu si burung pun menjawab dengan izin Allah , 
"Aku hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran dan menghalang kejahatan, sama ada api itu padam atau tidak bukanlah urusan aku, itu adalah urusan Allah" 
Dengan izin Allah, api tersebut menjadi sejuk maka selamatlah Nabi Ibrahim... 

 "Wahai api ! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim." (al-Anbiyaa 21: 69)

 ……………………………………….. 


 “Walau kita boikot macam mana pun , Israel akan tetap serang Palestin . Hak untuk menhentikan semua peperangan ini letaknya pada tangan Amerika . Amerika yang berkuasa sekarang . Kalau kita boikot macam mana pun still lagi Palestin takkan bebas , “ – Katanya 



Wahai sahabat , isu bebas atau tidak bebas adalah adalah milik Allah . In shaa Allah , Islam itu pasti menang suatu hari nanti .

Cuba fokuskan , Dimanakah kita apabila saudara kita dalam kesusahan ? Apakah yang kita lakukan ?

Cuba renungkan kisah si burung diatas . Sedangkan bintang pun berikhtiar mencari untuk menyelamatkan nabinya. Inikan kita , manusia yang cukup lengkap anggota dan akal untuk berfikir dengan waras nya . Kita hilang kesedaran . Kita sedar akan peperangan mereka disana . Kita sedar mereka menderita tapi sedar kita hanyalah sedar sedar ayam .
Doa kita untuk mereka hanyalah bila dunia sibuk bicarakannya .Sedar kita sementara ! Sementara dek kerana kemewahan kita ada . Kita lupa mereka .




Ingatlah sahabat , Allah melihat usaha untuk menegakan kebenaran untuk membantu saudara kita , Allah tidak melihat hasilnya . Allah melihat apa yang kita bantu dalam agamaNya . Urusan hasil berkesan atau tak itu bukan urusan kita . Semua itu ketentuan Allah . Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak.

 Ingat , Jika orang orang Yahudi anggap diri mereka sebagai tentera yang mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka , maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga .. Dok gitu ke ?

…………………………………………………………………………………. 

So , Apa sumbangan kita sebenarnya selain dari update status Pray for gaza ? Bersama samakah kita di dalam gerabak ini ? Lagi sekali , Jangan biarkan prihatin itu hanya utk satu musim .  Jangan biarkan airmata utk mereka hanya utk tika ini dan   Jangan biarkan dendam israel itu hanya saat dunia sibuk bicarakannya !

Bertemu Kembali ?

Aku menangis
Entah apa apa ilmu dah aku masukkan dalam paper Human tadi ..
Untuk kali kedua aku menangis dalam dewan exam .
Redah hujan .
Beli nasi untuk lunch kononnya nak rewardkan diri setelah pulun menghafal anatomi badan .
Pulas tombol pintu
Cepat aku hamparkan toto .
Otak menghantar arahan , TIDUR !
Disumbatnya telinga dengan Alunan Asma Ul-Husna
Aku tenang begitu .
Terus terlena .
Jam 7 , selera aku mati .
Telefon sahabat baik ,
Mencurah lagi air mata .
Sungguh aku rasa , aku down sangat jawab paper tadi .
Selamat bertemu kembali Human Physiology semester hadapan .





Epi



"Kak Yah , Kak Yah . Epi taknak jadi askar la bila besar nanti . Nanti isteri dan anak anak Epi kesian sebab selalu kena tinggal dengan Epi . Askar kan selalu pergi perang " - 
Ismail Fahmi , Youngest Brother .
6 years ago . 

......................................................................

Semalam jumpa ayah untuk 10 minit je . Seharian semalam tak dapat studi sbb emosi kurang stabil sbb asyik ingat nak balik . Nak lending macam buaya atas katil dalam bilik . 
Lepas jumpa ayoh , mencurah surah airmata ni turun . Rinduu .. 
Then , call mok . 
Rinduu . Mintak Mok solat hajat sebab anak perempuan dia ni tak boleh nak studi .
Lepas call mak , hati baru tenang  . Belajar pun macam peluru .. puf.puf.puf . Senang je masuk . Alhamdullilah . Mungkin berkat doa Mok . 

.........................................................


Saya rindukan rumah . Otak dah penat terima segala ilmu ilmu psiko human ,
Harap harap boleh jawab ! Ameen .
Exam jam 12 ni !
Good luck sarah comel dan baik hati ! 

.........



Menghitung saat untuk membersihkan diri ..


Haluan









Biarlah 'rasa' ini bersama haluannya , 
Mengikut alirannya . 
Aku hanya menunggu penghujung 'rasa' ini . 
Bahagia atau Kecundang , 
Aku terima .
Namun , aku masih berharap pada Kau . 
Ya , Kau yang sedang baca ini .. 


Sisi Nota la place ,
9.30 pagi .



Menguap

Lahai , cik google ni , main main pulak . Kalau jari ni taip bukan bab studi kejap je keluar kan .. Tapi kalau jari ni start rajeng taip , Nephrons , Enzym tu , Enzym ni , lambat pulak kau keluar kan . Aishh , nampak lah google pun dahh pemalas . Almaklum lah kan , dah hujung tahun . Visi , misi , matlamat dah lari jauh jauh .

Tengok ! Tadi tengok buku human mulut ni tak henti henti nak bukak .Lepas menguap , menguap lagi pastu menguap lagi. Naik rabak pipi ni .Tu baru tengok , belum lagi baca . Belum cuba pegang pensil lagi , aishh , kalau dah start pegang pensil , automatik tiba tiba kepala atas buku dan segala nota nota . Aish , situasi seperti membunuh diri akibat ketensionan tidak terhingga . Syaitoon syaiton melampau kau kan , dah pemalas tu janganlah nak turun malas tu kat aku .

Tangan sentuh je keyboard , mata laju je pandang screen , mata pun berseri seri macam nampak bidadari kat depan .Mulut ini pandai pulak duduk diam tak bukak bukak ,oh cover depan bidadari mungkin . Sihir apakah ini ? Ke ada siapa siapa hantar apa apa kat aku ni ? Pulangkannnnnn .

 Dan tiba tiba asyik sedang menekan nekan keyboard , tiba tiba ... teeettt , pleasee ni betul betul pulangkaan .Pulangkan kembali Wifi . Kenapa tiba tiba limited ni . Hamboi , hang terasa dengan aku ke pasal update entry ni eh . Maafkan aku





Ya Allah , Terangkanlah hatiku .Hindarkan aku daripada buat menda menda yang tak berfaedah seperti online sekarang ni . Aku nak lulus dengan cemerlang nya paper Human Psiko nihh . hehe . Ameen . 

Oke , babai !

........................................

Selamat berbuka bagi siapa siapa yang berpuasa hari Asyura ni .

.................................

Gadis kesepian , 
SH2-51 
Jam 3 petang bertemankan matahari direct masuk bilik (:

Tukang Tadah

Aku manusia si tukang tadah .
Kadang aku rasa malu ,
Asal rasa sempit je cepat je tangan di tadah meminta minta .
Bila senang  rezeki melimpah ruah ada aku ucap syukur ?
Bila payah , senang je mulut ni terkumat kamit baca zikir tu , baca zikir ni semata mata untuk tenangkan hati aku yang gundah .
ahh , senangnya hidup kau !
Ya , aku manusia si tukang tadah .
Kadang aku rasa malu ,
Meminta , meminta dan terus menagih meminta sesuatu .
Saat aku perlukan sesuatu , bulat bulat tangan aku menadah dengan khusuknya .
Tapi , saat aku bahagia ,
Lemah longlai aku mengangkat senjata itu utk berdoa .
Aku masih manusia si tukang tadah ,
Si tukang tadah yang tidak kenal erti syukur .