Followers

Menguap

Lahai , cik google ni , main main pulak . Kalau jari ni taip bukan bab studi kejap je keluar kan .. Tapi kalau jari ni start rajeng taip , Nephrons , Enzym tu , Enzym ni , lambat pulak kau keluar kan . Aishh , nampak lah google pun dahh pemalas . Almaklum lah kan , dah hujung tahun . Visi , misi , matlamat dah lari jauh jauh .

Tengok ! Tadi tengok buku human mulut ni tak henti henti nak bukak .Lepas menguap , menguap lagi pastu menguap lagi. Naik rabak pipi ni .Tu baru tengok , belum lagi baca . Belum cuba pegang pensil lagi , aishh , kalau dah start pegang pensil , automatik tiba tiba kepala atas buku dan segala nota nota . Aish , situasi seperti membunuh diri akibat ketensionan tidak terhingga . Syaitoon syaiton melampau kau kan , dah pemalas tu janganlah nak turun malas tu kat aku .

Tangan sentuh je keyboard , mata laju je pandang screen , mata pun berseri seri macam nampak bidadari kat depan .Mulut ini pandai pulak duduk diam tak bukak bukak ,oh cover depan bidadari mungkin . Sihir apakah ini ? Ke ada siapa siapa hantar apa apa kat aku ni ? Pulangkannnnnn .

 Dan tiba tiba asyik sedang menekan nekan keyboard , tiba tiba ... teeettt , pleasee ni betul betul pulangkaan .Pulangkan kembali Wifi . Kenapa tiba tiba limited ni . Hamboi , hang terasa dengan aku ke pasal update entry ni eh . Maafkan aku





Ya Allah , Terangkanlah hatiku .Hindarkan aku daripada buat menda menda yang tak berfaedah seperti online sekarang ni . Aku nak lulus dengan cemerlang nya paper Human Psiko nihh . hehe . Ameen . 

Oke , babai !

........................................

Selamat berbuka bagi siapa siapa yang berpuasa hari Asyura ni .

.................................

Gadis kesepian , 
SH2-51 
Jam 3 petang bertemankan matahari direct masuk bilik (:

Tukang Tadah

Aku manusia si tukang tadah .
Kadang aku rasa malu ,
Asal rasa sempit je cepat je tangan di tadah meminta minta .
Bila senang  rezeki melimpah ruah ada aku ucap syukur ?
Bila payah , senang je mulut ni terkumat kamit baca zikir tu , baca zikir ni semata mata untuk tenangkan hati aku yang gundah .
ahh , senangnya hidup kau !
Ya , aku manusia si tukang tadah .
Kadang aku rasa malu ,
Meminta , meminta dan terus menagih meminta sesuatu .
Saat aku perlukan sesuatu , bulat bulat tangan aku menadah dengan khusuknya .
Tapi , saat aku bahagia ,
Lemah longlai aku mengangkat senjata itu utk berdoa .
Aku masih manusia si tukang tadah ,
Si tukang tadah yang tidak kenal erti syukur .

Mok

Subuh subuh lagi pintu bilik dah bergema dek ketukan manja seorang mok kejut sorang sorang anak dia .
Bukan seorang dua . Tapi enam orang .
Sabar nya dia .

Bangun pagi , jenguk satu sudut bilik. Mok sibuk solat Dhuha .
Sepuluh  minit berlalu . Mok masih lagi bersarung kan telekung putih  khusyuk memperhambakan diri .
Usai sujud kepada yang satu .
Mok masih bertelekung mencapai Al quran . Dari ruang dapur kering jelas kedengaran suara Mok mengaji .
Selesai mengaji . Siap berjubah lalu dicapai kunci kereta .

"Mok , pergi surau . Lepas tu pergi pasar . Tolong jemur baju , cuci pingan , nyapu rumoh "

*Pesanan diterima dalam diri masih mamai

Pulang dari pasar , jam 12 .
Sibuk pula dia berjasa pada tanah . Pisang , mempelam . Dah macam kebun dah belakang rumah tu .

Macam tu lah rutin Mok .
Kalau tak ke majlis ilmu , ke pasar .
Setiap petang jumaat , ada sahaja majlis ilmu yang mok ikut .
Antara Maghrib dan isya' dipenuhkan dengan qadar balik solat yang tertinggal .
Bangun pagi mesti nampak Mok tengah solat .

Mok dengan perjuangannya .
Aku entah mungkin atau tak jadi seperti Mok .
Membesarkan 5 orang lelaki yang nakalnya MasyaAllah .
dan seorang anak perempuan dengan keras kepalanya .

Dia sentiasa berfikiran  positif .
Tak kesah sekeliling menindas , Mok sabar .
Dia tak pernah tunjuk dendam dia pada orang lain .

"Tak kesah orang lain nak buat kita , asal jangan kita buat orang "

Aku kagum punya Mok . Mampu membesarkan kami dengan Islam nya sendiri . Tegas ! Tapi alhamdullilah setegas tegas itu lah , dah ada anak Mok yang akan tarik Mok nge Ayoh dekat Syurga nanti .
Tegas tegas itu lah , buat kami mampu berdiri atas kaki sendiri .
Tapi tegas tegas itu dulu  . Sekarang bila kami semua 6 beradik dah besar panjang , Mencurah curah manja yang dia limpahkan .

" Tengok diri kita dulu , jangan tengok orang . Entah entah kita ni yang jahat " - Mok 






Ketika Aku Masih Berkain Biru


Teringat kembali 3 tahun lepas . Masih segar dalam kotak ingatan ini . Seorang jurutera hebat  di dalam bidang oil & gas berbicara mengenai Al-Aqsa . 

"Saya baru tahu tentang masjid Al-Aqsa tu . Tak sangka sekarang yahudi sedang gali bawah tanah masjid itu semata untuk meruntuhkannya"  

Aku masih lagi usia belasan tahun ketika itu . Masih lagi menyarung kain biru waktu itu . Terkedu aku melihat seorang jurutera berjaya berusia 30 an baru kenal  apa itu  Al-Aqsa . Apakah selama ini yang dia fikirkan ?

Hidup ini bukan sekadar ‘engkau’ dan ‘dunia engkau’ . ‘Aku’ dan ‘dunia aku’

Semoga sejarah Gaza hari ini beliau sedar dari lamunan kemewahan dunia . 

Hujah !


Ahh , sukar aku baca fikiran mu .
Apa guna aku bercakap ,
Apa guna aku mengeluarkan hujah
Dan engkau terus cuba menikam setiap kata aku .
Ahhh , aku bosan dengan sikap mu .
Setiap kata yang diluahkan hanyalah untuk sembunyikan kelemahan kau dan
Kata itu buat aku mati kata , mata akal .
Lebih baik aku berdiam dan teruskan mendengar hujahmu yang menonjolkan diri kau itu Bodoh .
Aku senyum kelat dan mengiyakan sahaja .
Biarkan dirimu terus berhujah dan biar dunia akhir sana menghukum apa yang kau hujahkan sekarang ini . 

Isya' itu lebih bermakna


Tap.. tap .. bunyi derap kaki . Aku pulas tombol pintu . Basah air wudhu’ masih membasahi setiap anggota . Cepat ku capai smartphone yang tak berapa nak smart sangat lah . Tiga panggilan masuk tak berjawab . 
Tertera , ‘Disneyland’ ..

‘Emhh , ni lain tak bukan mesti mok nak tanya exam tadi ‘ .Dengus hati ku .
‘Hello , ni siapa ni ?’
‘Kak yah ni . Mi suruh mak telefon kak yah balik '
Perintah diikut .
……………………………………………………………..

Hello . Assalamualaikum . Sihat tak .. Macam mana exam … Bla.bla .
dan tiba tiba ..
“awok nak pergi Umrah tak ? “
…………………………………………………………….

Angan angan yang selalu aku angankan dalam sekejap detik lagi mungkin menjadi satu angan angan yang nyata . Isya’ kali ini lebih syahdu . Gugur airmata jernih itu .  Moga Allah berikan perancangan terbaik untuk aku . Ameen . 
Can’t wait for the next ! 

Hei

Hei , Salamalaik ..

Pejam celik pejam celik , dah hujung sem . Lagi 3 hari lagi nak menghadap 1st paper . Ntah boleh jawab ke tidak laa . 
Pejam celi pejam celik , subuh yang gelap tadi tu dah bertukar cerah langitNya .. 
Hei masa , cepatnya kau berlalu .. Bak kata Inspector Saahab ,



Yup , rugi yang maha dahsyat   ..  Hei rumah ku , sesungguhnya aku sungguh rindukan suasana mu sekarang . Andai aku bisa putarkan masa , teringin sekali aku kembali di saat aku masih lagi dengan hingusan meleleh , curi curi pergi ke kedai depan membeli asam . Tapi sayang nya , Masa manakah yang boleh diputarkan kembali ? 
Hei hero hero ku , aku rindu mahu berjemaah dengan mu . Aku rindu kita sama sama bergaduh berebut tv . Paling aku rindu dan aku inginkan saat itu kembali ialah saat hero hero aku menjadi imam untuk aku sekeluarga . Sungguh rindu nak dengar suara merdu mereka dan yang bajet bajet merdu itu mengalunkan ayat suci itu . Moga masih diberikan kesempatan untuk itu . Ameen . 

................................................................................

Final exam is kaming now . 1st paper hari isnin ni , 19 Nov 2012 . Paper Electric Circuit . Fuhhh ! Tak tahu nak habaq apa . Tak tahu nak jawab apa . Serius tak studi satu apa pun lagi ni . :c . This sem paper dia banyak sikit . I've 5 paper for this semester . That is ,

Electronics 

Human & Control Physiology For Engineer
Microelectronics 
Mathematics 3 

Harap harap semua berjalan seperti dirancang , dan paling gugup saya rasa nak jawab mestilah paper Electric Circuit 2 dan jugak Microelectronics . Sepatah haram tak faham apa yang belajar sem ni . Sedih kan . Harap harap lulus je lahh . Dan Semoga saya dapat A utk subjek Electronics dan jugak Human . Ameen !

...............................................................

Alhamdullilah , carry marks untuk semua subjek semua oke & i'm proud be myself !
Terima kasih jugak untuk 'kawan saya ' dalam diam yang bagi semangat undirectly kat saya . Bila saya down , awak tulis something on your laman Biru itu , and i know , that for me kann ? walaupun awak tak mentionkan untuk siapa dan siapa . Tapi saya rasa , setiap ayat itu adalah untuk saya . Saya Kuat sem ni ! Sejak kenal awak , biarpun kenal dalam diam . 

............................... 
Drop your doa for Gaza


Ya Allah , kurniakan rahmatMu kepada mereka . Masukkan mereka ke dalam SyurgaMu Ya Allah . Berikan mereka kemudahan dan kekuatan untuk mengharungi setiap detik di sana Ya Allah . Hulurkan secebis kekuatanMu Ya Rabb kepada mereka Ya Allah . Ameen