Followers

Mok

Subuh subuh lagi pintu bilik dah bergema dek ketukan manja seorang mok kejut sorang sorang anak dia .
Bukan seorang dua . Tapi enam orang .
Sabar nya dia .

Bangun pagi , jenguk satu sudut bilik. Mok sibuk solat Dhuha .
Sepuluh  minit berlalu . Mok masih lagi bersarung kan telekung putih  khusyuk memperhambakan diri .
Usai sujud kepada yang satu .
Mok masih bertelekung mencapai Al quran . Dari ruang dapur kering jelas kedengaran suara Mok mengaji .
Selesai mengaji . Siap berjubah lalu dicapai kunci kereta .

"Mok , pergi surau . Lepas tu pergi pasar . Tolong jemur baju , cuci pingan , nyapu rumoh "

*Pesanan diterima dalam diri masih mamai

Pulang dari pasar , jam 12 .
Sibuk pula dia berjasa pada tanah . Pisang , mempelam . Dah macam kebun dah belakang rumah tu .

Macam tu lah rutin Mok .
Kalau tak ke majlis ilmu , ke pasar .
Setiap petang jumaat , ada sahaja majlis ilmu yang mok ikut .
Antara Maghrib dan isya' dipenuhkan dengan qadar balik solat yang tertinggal .
Bangun pagi mesti nampak Mok tengah solat .

Mok dengan perjuangannya .
Aku entah mungkin atau tak jadi seperti Mok .
Membesarkan 5 orang lelaki yang nakalnya MasyaAllah .
dan seorang anak perempuan dengan keras kepalanya .

Dia sentiasa berfikiran  positif .
Tak kesah sekeliling menindas , Mok sabar .
Dia tak pernah tunjuk dendam dia pada orang lain .

"Tak kesah orang lain nak buat kita , asal jangan kita buat orang "

Aku kagum punya Mok . Mampu membesarkan kami dengan Islam nya sendiri . Tegas ! Tapi alhamdullilah setegas tegas itu lah , dah ada anak Mok yang akan tarik Mok nge Ayoh dekat Syurga nanti .
Tegas tegas itu lah , buat kami mampu berdiri atas kaki sendiri .
Tapi tegas tegas itu dulu  . Sekarang bila kami semua 6 beradik dah besar panjang , Mencurah curah manja yang dia limpahkan .

" Tengok diri kita dulu , jangan tengok orang . Entah entah kita ni yang jahat " - Mok 






Ketika Aku Masih Berkain Biru


Teringat kembali 3 tahun lepas . Masih segar dalam kotak ingatan ini . Seorang jurutera hebat  di dalam bidang oil & gas berbicara mengenai Al-Aqsa . 

"Saya baru tahu tentang masjid Al-Aqsa tu . Tak sangka sekarang yahudi sedang gali bawah tanah masjid itu semata untuk meruntuhkannya"  

Aku masih lagi usia belasan tahun ketika itu . Masih lagi menyarung kain biru waktu itu . Terkedu aku melihat seorang jurutera berjaya berusia 30 an baru kenal  apa itu  Al-Aqsa . Apakah selama ini yang dia fikirkan ?

Hidup ini bukan sekadar ‘engkau’ dan ‘dunia engkau’ . ‘Aku’ dan ‘dunia aku’

Semoga sejarah Gaza hari ini beliau sedar dari lamunan kemewahan dunia . 

Hujah !


Ahh , sukar aku baca fikiran mu .
Apa guna aku bercakap ,
Apa guna aku mengeluarkan hujah
Dan engkau terus cuba menikam setiap kata aku .
Ahhh , aku bosan dengan sikap mu .
Setiap kata yang diluahkan hanyalah untuk sembunyikan kelemahan kau dan
Kata itu buat aku mati kata , mata akal .
Lebih baik aku berdiam dan teruskan mendengar hujahmu yang menonjolkan diri kau itu Bodoh .
Aku senyum kelat dan mengiyakan sahaja .
Biarkan dirimu terus berhujah dan biar dunia akhir sana menghukum apa yang kau hujahkan sekarang ini . 

Isya' itu lebih bermakna


Tap.. tap .. bunyi derap kaki . Aku pulas tombol pintu . Basah air wudhu’ masih membasahi setiap anggota . Cepat ku capai smartphone yang tak berapa nak smart sangat lah . Tiga panggilan masuk tak berjawab . 
Tertera , ‘Disneyland’ ..

‘Emhh , ni lain tak bukan mesti mok nak tanya exam tadi ‘ .Dengus hati ku .
‘Hello , ni siapa ni ?’
‘Kak yah ni . Mi suruh mak telefon kak yah balik '
Perintah diikut .
……………………………………………………………..

Hello . Assalamualaikum . Sihat tak .. Macam mana exam … Bla.bla .
dan tiba tiba ..
“awok nak pergi Umrah tak ? “
…………………………………………………………….

Angan angan yang selalu aku angankan dalam sekejap detik lagi mungkin menjadi satu angan angan yang nyata . Isya’ kali ini lebih syahdu . Gugur airmata jernih itu .  Moga Allah berikan perancangan terbaik untuk aku . Ameen . 
Can’t wait for the next ! 

Hei

Hei , Salamalaik ..

Pejam celik pejam celik , dah hujung sem . Lagi 3 hari lagi nak menghadap 1st paper . Ntah boleh jawab ke tidak laa . 
Pejam celi pejam celik , subuh yang gelap tadi tu dah bertukar cerah langitNya .. 
Hei masa , cepatnya kau berlalu .. Bak kata Inspector Saahab ,



Yup , rugi yang maha dahsyat   ..  Hei rumah ku , sesungguhnya aku sungguh rindukan suasana mu sekarang . Andai aku bisa putarkan masa , teringin sekali aku kembali di saat aku masih lagi dengan hingusan meleleh , curi curi pergi ke kedai depan membeli asam . Tapi sayang nya , Masa manakah yang boleh diputarkan kembali ? 
Hei hero hero ku , aku rindu mahu berjemaah dengan mu . Aku rindu kita sama sama bergaduh berebut tv . Paling aku rindu dan aku inginkan saat itu kembali ialah saat hero hero aku menjadi imam untuk aku sekeluarga . Sungguh rindu nak dengar suara merdu mereka dan yang bajet bajet merdu itu mengalunkan ayat suci itu . Moga masih diberikan kesempatan untuk itu . Ameen . 

................................................................................

Final exam is kaming now . 1st paper hari isnin ni , 19 Nov 2012 . Paper Electric Circuit . Fuhhh ! Tak tahu nak habaq apa . Tak tahu nak jawab apa . Serius tak studi satu apa pun lagi ni . :c . This sem paper dia banyak sikit . I've 5 paper for this semester . That is ,

Electronics 

Human & Control Physiology For Engineer
Microelectronics 
Mathematics 3 

Harap harap semua berjalan seperti dirancang , dan paling gugup saya rasa nak jawab mestilah paper Electric Circuit 2 dan jugak Microelectronics . Sepatah haram tak faham apa yang belajar sem ni . Sedih kan . Harap harap lulus je lahh . Dan Semoga saya dapat A utk subjek Electronics dan jugak Human . Ameen !

...............................................................

Alhamdullilah , carry marks untuk semua subjek semua oke & i'm proud be myself !
Terima kasih jugak untuk 'kawan saya ' dalam diam yang bagi semangat undirectly kat saya . Bila saya down , awak tulis something on your laman Biru itu , and i know , that for me kann ? walaupun awak tak mentionkan untuk siapa dan siapa . Tapi saya rasa , setiap ayat itu adalah untuk saya . Saya Kuat sem ni ! Sejak kenal awak , biarpun kenal dalam diam . 

............................... 
Drop your doa for Gaza


Ya Allah , kurniakan rahmatMu kepada mereka . Masukkan mereka ke dalam SyurgaMu Ya Allah . Berikan mereka kemudahan dan kekuatan untuk mengharungi setiap detik di sana Ya Allah . Hulurkan secebis kekuatanMu Ya Rabb kepada mereka Ya Allah . Ameen 




Kau Kembali

Hei , setelah sekian lama kau menyepi
Dan kini kau kembali .
Pada jangka waktu yang sama , persis seperti dulu di saat kali pertama aku mengenali mu
Dahulu senyum manis mu mengiringi setiap pertemuan kita di alam itu,
Namun kini kau kembali , kau sudah pandai berbicara dengan ku .

Kita sentiasa sahaja dijodohkan untuk bertemu hanya pada Selasa .
Ya , dulu mungkin di petang Selasa yang damai ,
Dan kini pada Selasa pagi  yang dingin
Mereka sentiasa setia menemani setiap pertemuan kita .
Biarpun , pandangan kita hanya berbalas dengan senyuman masing masing
Ianya cukup bagi aku ,
Melihat kau sentiasa tenang dengan gaya mu .

Dulu ku fikir , mungkin kau tak bisa hadir lagi di alam itu bersama ku ,
Namun , semalam kau hadir dengan kata kata mu yang sungguh sopan .
Aku terpegun .

..........................................................

Teringat di saat kau ucapkan kata kata maaf mu kepada ku juga pada Selasa itu .
Collision Theory near to Electrical Section

Cc : Atm

Allahu Qaribun Minni

Allahu qaribun minni
Allahu qaribun minni

Setelah beberapa minggu berlalu , memperjuangkan apa yang patut dijuangkan untuk memastikan pointer semester ini baik dan lebih baik dari sebelumnya . Penat lelahnya , usah dikira .
Tiga hari berturut turut terpaksa mengerah mata ini supaya jangan tidur . Waktu tidur pun disingkat kan , dari jam 4 pagi dan bangun pada jam 6.30 pagi . Kadang terpaksa melatihkan diri untuk minum nescafe supaya mata jangan cepat kuyu . Yelahh , aku bukan lah penggemar tegar nescafe dan aku bukanlah seorang insan yang boleh stay up malam malam buat kerja sampai 4 ke 5 pagi . Namun  , aku ajarkan diri aku untuk membiasakan nya , ingat lagi kata kata Kak Nor  ,

  " Kita yang menentukan hidup atau hidup yang menentukan kita "

 Kata kata untuk aku kuat untuk tak tidur malam ..(;

Khamis , 1 Nov 

3 menda yang harus aku siapkan pada tarikh yang sama .
*Mock job interview
*Written test Mandarin
*Run program depan sir Ismail

Nervous tu memang tak boleh nak sorok . Macam korek hidung je kan menda alah tu  , tapi ... hanya aku yang tahu ...


Allahu qaribun minni ..
Allah sentiasa dekat denganku

Mock job interview , sumpah scary . Memandang kan aku bukanlah power sangat nak cakap omputih macam Emma Watson , duduk dalam kelas siap hafal skrip lagi . Sampailah satu saat ,  aku teringat kata kata Fadil Arsyad ..


"Bila anda minat dan perform , Everything go smoothly especially when u're gonna face the interviewer . U're gonna gain lost of confident because u do know u want it , and u will give ur all to achieve it ! "

Yes , because i know what my passion is so i know what should i do .
Setelah sorang sorang keluar dari bilik , masing masing bawak balik cerita tak enak ..
Macam macam kena tanya , paling menakutkan bila ada yang dapat soalan Final Year Project (FYP)
...gilaaa!!
aku langsung tak study  pasal fyp ..
Dalam hati doa sangat sangat supaya tak kena madam yang garang garang . Dalam hato doa banyak banyak supaya madam tak tanya pelik pelik ..
Dan Alhamdulillah , Allah dengar doa dari hati kecil ini . 
Akhirnya , aku dapat madam yang langsung tak tanya pasal FYP  . Atau pasal technical . Madam more focus toward medical industry . Alhamdulliah , saya dapat jawab semua dangan yakin sebab saya tahu , i have my own passion toward engineering industry .

The most kelakar part bila madam bertanyakan pasal Industrial Training (INTRA) , dengan muka penuh gagah perkasa aku jawab ,


" Before this , i was doing my Intra at BP Chemical ... teeettttt "

Terang tangg tangg , aku sebut chemical , tak ke madam hairan sedangkan aku adalah seorang pelajar dari jurusan medikal electronik .. hahha..

Sungguh aku nak gelak waktu tu , yelah .. Nak buat macam mano , mmg aku lebih  suka explore bidang oil & gas berbanding medikal elecronik.

.....................................................................................................................................

Alhamdullilah , setiap doa aku hari itu , Allah makbulkan .
Written test boleh jawab dan Sir Ismail busy , so kena run program dalam kelas je .. Fuhh --'