let everything going with flow & let love come naturally . A story I wrote along the path I went in this life . At the end of the day , i'll be asked all things i've done .
Tak de mood dah nak buat multisim tu ..
pedih rasa ..
pedih ! pedih !
......
Alhamdulillah , semester ni semangat nak naikkan pointer tu lain macam sikit ,
mungkin ada sebab budak perempuan medic sikit dan nak tak nak aku dah tak boleh bergantung dengan orang lain dah . Majoriti kawan sekeliling yang rapat rapat semua budak telcom , makanya haruslah saya berdiri di kaki sendiri .
Mungkin semangat 'seseorang' dah meresap masuk dalam diri ini untuk lebih kehadapan . Terima kasih untuk insan itu , Moga Allah merahmati awak dunia & akhirat ... Mungkin kita belum cukup 50 patah kata kita berbicara but please stay with me , guide me . Thanks utk semangat awak tu !
Since ada Kak Nur yang selalu buat saya masuk air , gelabah ayam tak tentu pasal dengan dia buatkan saya matang untuk berfikir .
Thanks untuk Baby jugak sebab selalu kita refleksi diri sama sama .
Untuk Kak Ainaa & Yasarah yang selalu jadi ahjuma bagi nasihat sekian sekian .. thanks !
Saya sayang semua walaupun sekarang ni kita dah jarang duduk borak borak , cakap menda yang tak masuk akal , buat kerja gila , malam malam pusiing Bmi ..
In Shaa Allah , ada masa terluang dan tulang belakang org ni sihat sepenuhnya , kita main basketball dan pandang langit sama sama eh ..
Sorry , sebab selalu tak dapat join korang ..
.............
Ya Allah makbulkan doa Siti Sarah Bahrudin untuk berjaya dalam hidup dan jadi muslimah sejati (;
Semalam baru balik dari usrah kecil Hilal Asyraf dekat Uiam . Alhamdulilah , sekali lagi rasa diberi nikmat ini and Im so blessed .. Alhamdullilah .
Senanya , saja je post poster Hilal Asyraf tu dekat fb , instag dengan twitter sebab saya ada kereta untuk kesana tapii saya tak de lesen nak drive . Jadi i need someone yang ada lesen untuk jadi driver saya ke sana .dan sangatlah hampa sebab tak dapat sambutan pun . Jadi saya consider bukan rezeki saya untuk ke sana , mungkin . Tapi dalam pukul 7.50 ada orang call , rupanya rupa Sarina dan di ajak saya pergi Uiam . Semestinya saya melompat kegembiraanlah kan , i thought i can't got this chance , but Alhamdullilah , Allah sebaik baik perancang .Walaupun saya dan Sarina bukanlah kawan yang rapat , bercakap pun rasanya tak pernah nak sembang sembang panjang , hanya senyuman mengiringi pengenalan kami , tapi bila hati ini betul betul dijalan Allah , Allah satukan kami dengan tiada rasa perasaan janggal pun .
Kalau dilihat sekarang , ramai meletakkan sasaran duniawi pada first place , tapi ukhrawi pada last place , and same goes to me .Saya target nak jadi Engineer , bekerja dengan mesin , orang pandang saya tinggi , dapat rasa pakai kereta mewah mewah , rumah cantik siap ada pool lagi .. tapi saya lupa pasal ummah . Saya lupa pasal akhirat . Saya lupa tanggujawab saya di muka bumi untuk dibawak bekal. *jap , belek tafsir jap .. oke .
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".
yep , Khalifah di bumi Allah .
Adakah hidup ini hanya sekadar untuk bernafas ?
Kalau diperhatikan , berapa sangatlah islam dalam hidup kita .. ?
Berapa banyakkah majalah islam jika dibandingkan dengan majalah hiburan dalam hidup kita ?
Berapa banyakkah ekonomi berkaitan islam ?
Berapa banyakkah drama berbentuk betul betul islam dalam kotak kehidupan kita ini ?
Terkedu , Jahiliah kita sekarang ..
Membelakangkan Akhirat dan menjadikan dunia sebagai sandaran .
Penyakit Al-Wahn , Cintakan dunia dan takutkan mati
Bekerja , bekerja , kahwin dan dapat anak dan bekerja lagi, Then naik pangkat , dapat gaji tinggi sikit , then kerja lagi supaya dapat lagi naik pangkat dan akhirnya mati !
Usia makin menginjak ke arah hari yang lebih mencabar ,
Otak ini sentiasa sahaja memikirkan nilai sebuah kehidupan ,
Apakah nilai yang patut untuk menstabilkan sebuah kehidupan yang sangat bererti ini.
Namun persoalan demi persoalan bermain ligat di atas ini ,
Apakah jenis kebahagian yang aku ingin miliki ?
Mungkin ini proses kematangan aku,
Mula berfikir apa dan siapa, kenapa dan bagaimana akan sesuatu perkara dan kejadian nya .
Namun ,
aku tetap berterima kasih untuk hari hari yang telah berlalu mengajar aku erti perit hidup ini.
Terima kasih hari semalam kerana mengajar aku matang untuk hari esok .
Allah, apa sangat dunialah ini jika dibanding dunia selepas ni. kedebuk!
Aku Masih Mencari Ketenangan Itu ,
Walau kau jauh di sana , tiada disamping ku .
Namun ingin aku ungkap kan terima kasih buat mu kerana gagahkan diri ku ini mengutip sisa sisa kekuatan ku yang mula hilang
dan kini , aku cuba bangkit dalam semangat mu itu . Terima kasih duhai sahabat
Saat itu .
Ya, saat itu terdetik untuk aku berpaling ,
melihat siapakah di hujung sana ,
Entah magnet apa yang menarik perhatian ku .
Lalu ko toleh
Dan aku terlihat kau disana serba putih .
Aku tergamam ,
betulkah tafsiran ku tadi ?
Aku diam , merintih di dalam sujud itu
moga Allah memberi petunjuk sebaik baik nya untuk aku .
Namun , persoalan itu masih bermain di dalam ini .
Ligat berpusing mencari jawapan .
Perjalanan dari masjid Zakaria ke masjis as-syakirin
Senanya , tak sakit apa apa pun .. Mungkin pasal kes jatuh katil atau minor stress because thinking a lot of things . yes ! tiba tiba rasa sem kali ni mencabar dia peliks sikit ..
dengan microelectronics sir yang jarang masuk , dengan kelas electronics nya yang selalu digantikan dengan kelas tazkirah , tambahan lagi , group members yang langsung tak membina , kadang kadang suka sangat keep asking question ,
"sarah , nak tajuk apa ?"
"sarah, nak buat apa"
Huwaaa , berapa kali dah mmenangis depang yasarah sbb tak tahan di pressure kan sebegini ..
Thanks
for those yang text , im dan bla bla bla laaah ..
Tiba tiba rasa malu pulak , sbb korang baik sangat .
Lagi terharu , pagi tu dapat call dari roommate kemudiannya dia menangis sebab risau sangat . *aww terharunya
Thanks much , Kak Chanoi , Kak ainaa , Kak Sarah , Yasarah , Kak Ainaa Abduris , Kak Nor Pacheoli , Nurul , Baby , Baem , Syahrul , & Tikah my roommate ,
dan tiba tiba saya sedar yang saya lupa ayat ni ,
"Dan janganlah kamu merasa lemah , dan janganlah kamu berdukacita , padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu beriman."
Lemahnya aku , cepat sangat kalah dengan diri sendiri . Malunya ...