Followers

Masjid Tour 1

Assalamualaikum

Alhamdullilah . Hujung minggu ni saya sangat bahagia .
Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan kami .
Alhamdullilah , seminggu dekat sini akhirnya saya rasa hampir dapat apa diri saya mahukan ..

Semingu dekat Bmi , hati ni selalu rasa kosong .
Menangis tanpa tujuan tak tahu kenapa .
Kadang kadang pandang dinding pun boleh menangis .
Hati rasa tak menentu
Sampailah , satu hari tu . Kak Radhiah ajak jumpa buat Tadabbur , Tadarus dan Tazkirah.
Alhamdulillah , dah jumpa geng usrah luar dari Bmi .

dan jumaat tu , kitaorang takda plan pun nak pergi mana mana .Cuma cakap dekat baby , yang hati ni rasa kosong tak tahu nak isi apa .
Jadi kami decided pergi Uia ,sebab saya tahu kalu  pergi Uia saya boleh lepas air mata ni laju laju sebab dekat sana je saya rasa islam tu wujud . Sebab bila tengok sisters kat sana ayu ayu pakai tudung labuh serius jauh berbeza dengan diri ini . Baru tahu kerdilnya diri ni .
Lepas dah buat reflection sana ,balik Bmi berbuka dan tiba tiba dapat Msg dari Mr Messi Baby . Dia cakap malam tu , Ustaz Don datang masjid belakang Bmi ni . Wow , Ustaz Don laa . Ruginya kalau tak pergi ..
Dalam keadaan last minit kitaorang bersiap dan pergi Masjid Zakaria pun pakai redah je  dengan tak de transport nya , dengan tak tahu ceramah tu akan habis pukul berapa kami cuma serahkan segalanya kpd Allah sebab saya tahu Allah akan bantu hambanya yang mencari cintanya .

dan kebetulan malam tu jugak Bmi ada buat Qiam tour dekat Masjid AsSyakirin , Sri Gombak .. Tapi kitaorang dah terlepas bas .. Jadi kami pun stay je lah dengar ustaz ceramah ..

dan ..disebabkan baby nak sangat pergi qiam tu .Maka Allah beri jalan dkt kami . Everything going very very smooth . Lepas ceramah , terjumpa Kak Biha . dan dia tanya .. Kitaorang tak pergi Qiam ke dan bla bla bla ..pastu kitaorang cakap la , tertinggal bas , nak balik Bmi dah lambat dan bla bla bla .. tiba tiba Kak Biha
offer,
'Jom la ikut kitaorang , kitaorang boleh ambik kereta kalau korang nak ikut '

dan apa lagi . laju kepala kami mengangguk tanda setuju .
Bahagia sangat hati ni bila dapat pergi dua dua .

see , Allah is the best planning ever..


Cincin Tunang Hilang

Assalamualaikum 

Bahagia nya kita dengan awak masa ni 

Tajuk tak boleh blah langsung kan .. bajet je dah tunang .
Semalam , hati kecik saya ni rasa sedih sangat sangat bila mendapati sebentuk cincin emas yang bertakhtakan sebutir permata  yang sentiasa menghias jari saya dah hilang dari pandangan . Tak tahu nak cakap apa , rasa kehilangan terus . Kalau pegang tangan kanan , tiba tiba rasa cincin tu dah tak de rasa macam  tak lengkap je jari ni .

Cincin tu hilang waktu lepas mandi , rasanya cincin tu dah tercampak masuk dalam salur air kot , Puas cari tapi jawapan hanya menghampakan rasa hati ni .

Senanya cincin tu mak yang bagi dan bukanlah cincin tunang *bajet je ada orang dah masuk line kan .  HAHA , tapi disebabkan , ramai sangat yang tanya macam macam pasal cincin kat jari tu , jadi jawapan malas nya saya cakap lah , cincin tunang .
Tapi tu lah , ada hikmah jugak cincin tunang tu hilang . Mungkin Allah taknak bagi aku buat dosa menipu orang kot , haha ..

Sebelum hilang tu , i was really beria - ria tangkap gambar cincin tu , balik je outing .. terusss tak jumpa .. sobsob ..

Sedih kot cincin tu hilang sebab that only harta yang parent saya bagi dekat saya sebagai tanda anak perempuan tunggal . Adik beradik lelaki mana dapat . Jadi bila pakai cincin tu saya rasa sangat bertuah sebab saya sorang je princess dalam family . Tapi sekarang ... tak boleh dah nak bajet bajet depan diorang yang kak yah diorang ada cincin .

Tapi Alhamdulillah , mok sangat oke bila saya mencerita berita yang amat sedih itu ... Mok rilek je , anak dia je yang gelabah ayam lebih . Mok cakap , 'takpelah bukan rezeki awok la tu , redha je ..'



hei awak , saya sygs awk tau . kenapa hilang tak nak bagitahu saya . Jari saya ni sedih sangat awak tak de  . Please datang balik duduk dengan jari saya ni



Tak pernah rasa kehilangan macam ini ,
 please hati jangan nak menangis kehilangan sangat la ..




Chapter 3


Assalamualaikum
Selamat  tiba di Bmi hari jumaat lepas . Makanya , lepas ni bermula satu lagi episod baru dalam hidup ini. Mungkin penuh suka , mungkin terselit duka atau mungkin kenangan manis episod lalu   takkan berulang lagi untuk semester kali ini . Aku hanya berdoa supaya dapat bersama dengan mereka yang sudi menerima kelemahan aku . Yang sudi tegur bila aku salah dalam membuat keputusan dan bukanlah mencari mereka yang sentiasa menyokong aku tanpa mengenal erti salah dan benar . 

 ...........................................................
Alhamdulillah , masih diberi nafas untuk menghirup oksigen secara percuma di bumi Allah , namun masih ada sedikit keluhan di hujung nafas bila terpaksa berjauhan dengan keluarga , jauh dengan ayah , jauh dengan mak , jauh dengan abang , jauh dengan adik adik . Baru hari ketiga disini dah macam macam tanda homesick jadi . Demam , muntah muntah ..siang hari badan cepat sangat sejuk sampai tengah hari pun kena pakai stokin dan berselimut satu badan   dan tiba tiba teringat ayah . Dia hero saya sebab tu saya selalu ingat diaa . Deeply , I know .. ayoh pun rindu sarah  .

K tak mau nangis nangis dah ..

………………………………………………………………..
 Timetables untuk sem ni macam tak ohsem sangat sebab berbeza sangat dengan sem lepas . Di mana pada hari jumaat yang mulia lagi berbahagia itu saya ada kelas dari pukul 8 pagi dan break jap pukul 2 sambung balik sampai pukul 5 ..  tapi oke lah kot , sebab khamis saya tak de kelas . Dan kelas tak de lah packed sangat  . Rasa rasanya biasa saja . Tapi agak scary tengok subjek sem ni , macam nak bunuh kitaorang je , terutama subjek Electric Circuit 2 dimana miss Noi yang ajar . Emmhh , tak tau nak kata apa lah kan . Lagi sem ni saya ambik Miroelectronics , yang ni pun tak tahu laa .. macam scary je nak telek Programming balik .. adoi .
Jadi sem 3 ni ambik 7 subjek je :
Microelectronics 
Electronics
Technical math 3
Communication English 2
Mandarin1 
Human and Control Physiology For Engineers 
Electric Circuit 2


…………………………………………………….



Alhamdulillah , dah jumpa geng usrah .

Mimpi itu

  baAssalamualaikum

Update blog sebab tiba tiba mata rasa mengantuk sangat , jadi nak avoid dari tidur lepas sahur supaya terus boleh subuh  kenalah cari benda yang menarik untuk dibuat . Seperti biasa ,  diri ini tertarik dengan dajjal mata satu ni dari ayat ayat cinta suci dari Allah . 

Semalam saya ada baca cerita pasal Gadis ini . Sedih kan baca pasal dia ni .Yelahh tengah sihat sihat , tiba tiba sakit Scoliosis , which is tulang belakang bengkok ! ouchh , tak dapat bayangkan rasa sakit dia macam mana. Kisah dia saya terbawak bawak sampai mimpi .. Ya Allah . Tadi saya mimpi adik saya yang ke5 meninggal . Meninggal sebab sesak nafas waktu tengah operate . walaupun , saya tahu sekarang dia ni sihat walafiat tapi entah laa .. takut sangat tak dapat jumpa dia dah .. dah la last kitaorang jumpa 2 bulan yang lepas ,waktu cuti sekolah .. Lepas mimpi terus bangun menangis . Takut tak dapat jumpa dia dah . Terus rasa rindu nak dengar dia cerita pasal sekolah dia , kawan dia . Terus rasa tak nak gaduh dah dengan dia .  Dah la puasa ni kitaorang mungkin langsung tak de kesempatan nak puasa sama sebab sekolah yayasan Kelantan cuti dia terus dekat nak raya , dan aku pulak tak tahu lagi cuti macam mana . Berharap ada lagi kesempatan nak jumpa dengan mereka . Ameen Ameen .


3 Tahun yang lepas , sekarang semua dah hensem dan tough . hehe

...................................................................

Jumaat ni dah gerak balik Bmi , tapi aku dah rasa malas nak balik sana . Tengok muka ayah pun aku dah agak aku punya emosi kalau dekat Bmi nanti . Please please sarah jangan nak emosi sangat dekat sana .
Be strong mek !


Moga diberi  kekuatan untuk menghadapi segalanya & Semoga berkesempatan berjumpa mereka lagi . Ameen 
  

Syria

Assalamualaikum ,

Salam Ramadhan semua , 
Andai nyawa esok masih ada aku bersyukur kerana masih diberi nikmat Ramadhan untuk hari yang ke 4 .
In Shaa Allah ..

Senanya ada rasa terkilan sikit , bukan sikit tapi banyak .. ececeh ..
Sebenarnya pasal saudara seIslam di  Palestin , Syria , Myammar , Thailand .

Jujur , entah apa yang saya rasa puasa kali ni bila masuk waktu berbuka je tengok lauk terhidang selalu sangat teringat dekat saudara saya dekat sana
Apa agaknya diorang makan eh ?
Sempat tak diorang nak makan ?
Ada makanan tak diorang tu ?
Ada tak kurma sebiji atas tapak tapak mereka ?
atau cukup ke jumlah family datang berbuka hari ini . ?

sedih sangat ..

Mereka dekat sana bermatian matian tegakkan islam , tapi kitaa kat sini .. ahh , sedih sedih sedih ... tak sanggup nak bandingkan iman pemuda di sana dengan iman pemuda di sini .

Kenapa dunia tak pandang jahat nya tentera tentera tu . Kenapa ?

Kenapa negara negara islam hanya pandang semata pandang . Kenapa ?

Tengok video tentera tentera tu tembak sedara islam saya dekat sana macam main tembak tembak burung je

Saya sedih !

Sempat tak diorang solat terawih dengan tenang berimamkan alunan alquran yang mengkhusyukkan ?

Kalau pagi tadi , si anak dapat tengok muka ayah dia , boleh pasti ke malam nanti dia jumpa ayah dia balik ?

Macam mana pulak dengan naluri kasih sayang dari seorang ibu . Andai , tiba tiba mendapat perkhabaran bahawa si suami dan si anak di tanam hidup hidup oleh tentera basyar ?

Entah , saya rasa macam sedih sangat sebab saya tak nampak apa apa tanda positif untuk islam itu menang .
Kenapa islam selalu ditindas ?

Pernah dengar pasal KONY2012  ? hah , cepat klik ! Tengok video tu memang buat kita rasa sedar masalah pasal kezaliman di Uganda . Serius cakap sebelum tengok video saya langsung tak tahu pasal uganda , sudan dan sebagainya . Tapi video ni memang buat saya rasa , kan bagus kalau semua saudara islam macam ni .

Tapi dari sudut pandangan sisi saya , saya merasakan KONY2012 ini sebenarnya cuma mengalihkan pandangan kita terhadap keprihatinan  kita terhadap umat islam . Hebatnya yahudi ! tapii saya tak cakap apa yang diorang buat tu tak mulia . Memang lah tersangat mulia dan kita sepatutnya contohi cara kerja mereka .

Jom tengok ni . Dan jangan lupa pray for them 




...........................................................................................................................


Saya pernah tengok satu video pasal seorang sedara saya ni kena tanam hidup hidup oleh tentera basyar si anjing ! Tak dapat nak bayangkan macam mana rasa saat sedang enak menghirup udara tiba tiba tanah yang kotor melemaskan pernafasan ini . Macam mana dia dekat dalam tu ? Bila dia akan pergi dengan tenang .. sedihh . tak dapat nak bayangkan macam mana ..

 In Shaa Allah , Jannah sedang menanti ..

.........................................................................

Jangan lupa lepas solat doakan mereka , mereka menantikan doa dari kita . 

Bertahanlah saudara ku 





Sendiri lagi

Sekali lagi Allah duga aku dengan dugaan yang sama
Seperti siaran ulangan
Tika dugaan itu datang ,
fikiran aku sibuk mencari dengan siapakah harus aku mengadu ,
siapakah yang mahu mendengar cerita ku yang cukup panjang ini ,
siapakah yang aku percaya untu menceritakan hal ini ,
dan siapakah yang paling hebat dalam memberi nasihat .
Puas aku berfikir ,
ternyata tiada siapa 
Ku simpan sahaja rasa ini
Sampai suatu saat ,
mendung hati ku tidak tertahan
Berat yang amat  aku rasakan
Lalu laju airmata turun ke pipi
Aku sendirian .
Entah bila akan kutemu si pendengar setia ku
Jauh di sudut hari ,
aku ingin punya kakak buat tempat bermanja ,
aku ingin punya adik tempat meluahkan rasa .
Namun aku sedar ,
ianya hanya angan angan semata .
Aku terfikir ,
sampai bila harus aku tahan rasa ini
Mungkin rasa rasa selama ini akan ku pendam hingga akhir nyawa aku .
Aku sedih .
Aku sendiri lagi kali ini bersama sama dengan sudut gelap itu ,
Aku nampak cahaya , namun aku bukan segagah gagah aku untuk menggapainya .






                                                              
                                                         I don't have anyone to talk to and i want a big hug from someone


 
Please take the sadness  away

Natriah

Assalamualaikum .

Tajuk macam filem Natrah je kan .. sebenarnya Natriah tu nama kawan waktu sekolah rendah sampai sekolah menengah rendah (Tingkatan 1- Tingkatan 3) . Saya kenal Natriah dari darjah 2 sampai la darjah 4 , lepas tu dia pindah , dan lost contact . Tapi waktu darjah 6 dia datang balik S.K. Sungai Karang . Jumpa lagi dia . Tingkatan 1 dia pergi S.M.Tengku Afzan . Tapii dia balik semula sekolah kampungg jadi jumpa lagi . Lepas PMR terus tak jumpa dia ...

Entah macam mana semalam macam rajin sangat nak pergi masjid . Tanpa rasa terpaksa , sarung telekung terus ikut ayah pergi masjid . Mungkin hati meronta nak pergi sebab nak dengar kuliah UAI , mungkin laa .. tapi dari saat naik kereta pandang je langit sebab tahan nak menangis , tak tahu kenapa tiba tiba terasa nak menangis ..
Datang maghrib pun lambat sangat , orang ramai tengah solat sunat tahiyatul masjid . Dalam masjid dah penuh macam sardin , tapi dari turun kereta lagi dalam hati tak henti henti cakap dalam hati , "Ya Allah , berikan ruang utk aku & ayah utk solat dalam masjid" Alhamdulillah , Allah makbulkan doa .. walaupun datang lambat berbangga dengan hasil cilok mencilok akhirnya dapat jugak duduk saf no 2 .. dan kebetulan nampak sepasang mata redup tengah tengok kehandalan aku cilok mencilok , rupa rupanya Natriah ... waktu tu rasa , woaaa , best nya dapat jumpa kawan lama , sebab ni ke aku nak sangat pergi malam ni hah ? .

Dan sayu sangat hati bila tengk dia pakai tudung labuh bersertakan dengan niqab . Indahnya ciptaan Allah . Siapa tahu nasib kita , dulu Natriah tu bawak motor macam mat rempit tu . Pakai tudung kalau boleh sesingkat yang mungkin . Cakap dengan kawan kasar habis . Selalu sound sound orang tapi bila hidayah Allah menyapa tak siapa yang mampu menolak hidayah Allah . Kan ?
Kisah Umar Al-Khattab, sentiasa buat aku kagum. seorang yang kasar, bengis. membenci Islam, bahkan pernah membunuh anak perempuannya, tapi bila disapa hidayah, mashaAllah, sehingga rasulullah bersabda 'jika ada rasul selepas aku, umarlah orangnya' ..

Tahniah buat akhwat Natriah sebab bakal jadi isteri November nanti .


Mungkin gambar terakhir sebagai anak dara ? haha    
Nampak tak UAI ?  


Otw pergi masjid , nampak Kalimah Allah untuk kali ke4 di dada langit . Subhanallah