let everything going with flow & let love come naturally . A story I wrote along the path I went in this life . At the end of the day , i'll be asked all things i've done .
Selamat tiba di Bmi
hari jumaat lepas . Makanya , lepas ni bermula satu lagi episod baru dalam
hidup ini. Mungkin penuh suka , mungkin terselit duka atau mungkin kenangan
manis episod lalu takkan berulang lagi
untuk semester kali ini . Aku hanya berdoa supaya dapat bersama dengan mereka
yang sudi menerima kelemahan aku . Yang sudi tegur bila aku salah dalam membuat
keputusan dan bukanlah mencari mereka yang sentiasa menyokong aku tanpa
mengenal erti salah dan benar .
Alhamdulillah , masih diberi nafas untuk menghirup oksigen
secara percuma di bumi Allah , namun masih ada sedikit keluhan di hujung nafas
bila terpaksa berjauhan dengan keluarga , jauh dengan ayah , jauh dengan mak ,
jauh dengan abang , jauh dengan adik adik . Baru hari ketiga disini dah macam
macam tanda homesick jadi . Demam , muntah muntah ..siang hari badan cepat
sangat sejuk sampai tengah hari pun kena pakai stokin dan berselimut satu
badan dan tiba tiba teringat ayah . Dia
hero saya sebab tu saya selalu ingat diaa . Deeply , I know .. ayoh pun rindu
sarah .
K tak mau nangis nangis dah ..
………………………………………………………………..
Timetables untuk sem ni macam tak ohsem sangat sebab berbeza
sangat dengan sem lepas . Di mana pada hari jumaat yang mulia lagi berbahagia
itu saya ada kelas dari pukul 8 pagi dan break jap pukul 2 sambung balik sampai
pukul 5 .. tapi oke lah kot , sebab
khamis saya tak de kelas . Dan kelas tak de lah packed sangat . Rasa rasanya biasa saja . Tapi agak scary
tengok subjek sem ni , macam nak bunuh kitaorang je , terutama subjek Electric
Circuit 2 dimana miss Noi yang ajar . Emmhh , tak tau nak kata apa lah kan .
Lagi sem ni saya ambik Miroelectronics , yang ni pun tak tahu laa .. macam
scary je nak telek Programming balik .. adoi .
Update blog sebab tiba tiba mata rasa mengantuk sangat , jadi nak avoid dari tidur lepas sahur supaya terus boleh subuh kenalah cari benda yang menarik untuk dibuat . Seperti biasa , diri ini tertarik dengan dajjal mata satu ni dari ayat ayat cinta suci dari Allah .
Semalam saya ada baca cerita pasal Gadis ini . Sedih kan baca pasal dia ni .Yelahh tengah sihat sihat , tiba tiba sakit Scoliosis , which is tulang belakang bengkok ! ouchh , tak dapat bayangkan rasa sakit dia macam mana. Kisah dia saya terbawak bawak sampai mimpi .. Ya Allah . Tadi saya mimpi adik saya yang ke5 meninggal . Meninggal sebab sesak nafas waktu tengah operate . walaupun , saya tahu sekarang dia ni sihat walafiat tapi entah laa .. takut sangat tak dapat jumpa dia dah .. dah la last kitaorang jumpa 2 bulan yang lepas ,waktu cuti sekolah .. Lepas mimpi terus bangun menangis . Takut tak dapat jumpa dia dah . Terus rasa rindu nak dengar dia cerita pasal sekolah dia , kawan dia . Terus rasa tak nak gaduh dah dengan dia . Dah la puasa ni kitaorang mungkin langsung tak de kesempatan nak puasa sama sebab sekolah yayasan Kelantan cuti dia terus dekat nak raya , dan aku pulak tak tahu lagi cuti macam mana . Berharap ada lagi kesempatan nak jumpa dengan mereka . Ameen Ameen .
3 Tahun yang lepas , sekarang semua dah hensem dan tough . hehe
Jumaat ni dah gerak balik Bmi , tapi aku dah rasa malas nak balik sana . Tengok muka ayah pun aku dah agak aku punya emosi kalau dekat Bmi nanti . Please please sarah jangan nak emosi sangat dekat sana .
Be strong mek !
Moga diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya & Semoga berkesempatan berjumpa mereka lagi . Ameen
Salam Ramadhan semua ,
Andai nyawa esok masih ada aku bersyukur kerana masih diberi nikmat Ramadhan untuk hari yang ke 4 .
In Shaa Allah ..
Senanya ada rasa terkilan sikit , bukan sikit tapi banyak .. ececeh ..
Sebenarnya pasal saudara seIslam di Palestin , Syria , Myammar , Thailand .
Jujur , entah apa yang saya rasa puasa kali ni bila masuk waktu berbuka je tengok lauk terhidang selalu sangat teringat dekat saudara saya dekat sana
Apa agaknya diorang makan eh ?
Sempat tak diorang nak makan ?
Ada makanan tak diorang tu ?
Ada tak kurma sebiji atas tapak tapak mereka ?
atau cukup ke jumlah family datang berbuka hari ini . ?
sedih sangat ..
Mereka dekat sana bermatian matian tegakkan islam , tapi kitaa kat sini .. ahh , sedih sedih sedih ... tak sanggup nak bandingkan iman pemuda di sana dengan iman pemuda di sini .
Kenapa dunia tak pandang jahat nya tentera tentera tu . Kenapa ?
Kenapa negara negara islam hanya pandang semata pandang . Kenapa ?
Tengok video tentera tentera tu tembak sedara islam saya dekat sana macam main tembak tembak burung je
Saya sedih !
Sempat tak diorang solat terawih dengan tenang berimamkan alunan alquran yang mengkhusyukkan ?
Kalau pagi tadi , si anak dapat tengok muka ayah dia , boleh pasti ke malam nanti dia jumpa ayah dia balik ?
Macam mana pulak dengan naluri kasih sayang dari seorang ibu . Andai , tiba tiba mendapat perkhabaran bahawa si suami dan si anak di tanam hidup hidup oleh tentera basyar ?
Entah , saya rasa macam sedih sangat sebab saya tak nampak apa apa tanda positif untuk islam itu menang .
Kenapa islam selalu ditindas ?
Pernah dengar pasal KONY2012 ? hah , cepat klik ! Tengok video tu memang buat kita rasa sedar masalah pasal kezaliman di Uganda . Serius cakap sebelum tengok video saya langsung tak tahu pasal uganda , sudan dan sebagainya . Tapi video ni memang buat saya rasa , kan bagus kalau semua saudara islam macam ni .
Tapi dari sudut pandangan sisi saya , saya merasakan KONY2012 ini sebenarnya cuma mengalihkan pandangan kita terhadap keprihatinan kita terhadap umat islam . Hebatnya yahudi ! tapii saya tak cakap apa yang diorang buat tu tak mulia . Memang lah tersangat mulia dan kita sepatutnya contohi cara kerja mereka .
Saya pernah tengok satu video pasal seorang sedara saya ni kena tanam hidup hidup oleh tentera basyar si anjing ! Tak dapat nak bayangkan macam mana rasa saat sedang enak menghirup udara tiba tiba tanah yang kotor melemaskan pernafasan ini . Macam mana dia dekat dalam tu ? Bila dia akan pergi dengan tenang .. sedihh . tak dapat nak bayangkan macam mana ..
Sekali lagi Allah duga aku dengan dugaan yang sama
Seperti siaran ulangan
Tika dugaan itu datang ,
fikiran aku sibuk mencari dengan siapakah harus aku mengadu ,
siapakah yang mahu mendengar cerita ku yang cukup panjang ini ,
siapakah yang aku percaya untu menceritakan hal ini ,
dan siapakah yang paling hebat dalam memberi nasihat .
Puas aku berfikir ,
ternyata tiada siapa
Ku simpan sahaja rasa ini
Sampai suatu saat ,
mendung hati ku tidak tertahan
Berat yang amat aku rasakan
Lalu laju airmata turun ke pipi
Aku sendirian .
Entah bila akan kutemu si pendengar setia ku
Jauh di sudut hari ,
aku ingin punya kakak buat tempat bermanja ,
aku ingin punya adik tempat meluahkan rasa .
Namun aku sedar ,
ianya hanya angan angan semata .
Aku terfikir ,
sampai bila harus aku tahan rasa ini
Mungkin rasa rasa selama ini akan ku pendam hingga akhir nyawa aku .
Aku sedih .
Aku sendiri lagi kali ini bersama sama dengan sudut gelap itu ,
Aku nampak cahaya , namun aku bukan segagah gagah aku untuk menggapainya .
I don't have anyone to talk to and i want a big hug from someone
Tajuk macam filem Natrah je kan .. sebenarnya Natriah tu nama kawan waktu sekolah rendah sampai sekolah menengah rendah (Tingkatan 1- Tingkatan 3) . Saya kenal Natriah dari darjah 2 sampai la darjah 4 , lepas tu dia pindah , dan lost contact . Tapi waktu darjah 6 dia datang balik S.K. Sungai Karang . Jumpa lagi dia . Tingkatan 1 dia pergi S.M.Tengku Afzan . Tapii dia balik semula sekolah kampungg jadi jumpa lagi . Lepas PMR terus tak jumpa dia ...
Entah macam mana semalam macam rajin sangat nak pergi masjid . Tanpa rasa terpaksa , sarung telekung terus ikut ayah pergi masjid . Mungkin hati meronta nak pergi sebab nak dengar kuliah UAI , mungkin laa .. tapi dari saat naik kereta pandang je langit sebab tahan nak menangis , tak tahu kenapa tiba tiba terasa nak menangis ..
Datang maghrib pun lambat sangat , orang ramai tengah solat sunat tahiyatul masjid . Dalam masjid dah penuh macam sardin , tapi dari turun kereta lagi dalam hati tak henti henti cakap dalam hati , "Ya Allah , berikan ruang utk aku & ayah utk solat dalam masjid"
Alhamdulillah , Allah makbulkan doa .. walaupun datang lambat berbangga dengan hasil cilok mencilok akhirnya dapat jugak duduk saf no 2 .. dan kebetulan nampak sepasang mata redup tengah tengok kehandalan aku cilok mencilok , rupa rupanya Natriah ... waktu tu rasa , woaaa , best nya dapat jumpa kawan lama , sebab ni ke aku nak sangat pergi malam ni hah ? .
Dan sayu sangat hati bila tengk dia pakai tudung labuh bersertakan dengan niqab . Indahnya ciptaan Allah .
Siapa tahu nasib kita , dulu Natriah tu bawak motor macam mat rempit tu . Pakai tudung kalau boleh sesingkat yang mungkin . Cakap dengan kawan kasar habis . Selalu sound sound orang tapi bila hidayah Allah menyapa tak siapa yang mampu menolak hidayah Allah . Kan ?
Kisah Umar Al-Khattab, sentiasa buat aku kagum. seorang yang kasar, bengis. membenci Islam, bahkan pernah membunuh anak perempuannya, tapi bila disapa hidayah, mashaAllah, sehingga rasulullah bersabda 'jika ada rasul selepas aku, umarlah orangnya' ..
Tahniah buat akhwat Natriah sebab bakal jadi isteri November nanti .
Mungkin gambar terakhir sebagai anak dara ? haha
Nampak tak UAI ?
Otw pergi masjid , nampak Kalimah Allah untuk kali ke4 di dada langit . Subhanallah
Malam ni nak rilek rilek padahal esok dan sabtunya jadual hamba sangat lah penuh , Biziwik is kaming biarpun sekarang tengah cuti sem lagi tapi banyak sangat kerja dekat tadika dan walaupun mata ni dah kelabu sangat nak tidur sebab penat sangat tapi disebabkan dah janji nak ber'ym dengan mu , aku cuba tepati janji ku tapi di manakah engkau sekarang ni !wahai 'food mechine' .. Aku tau ko gelak baca ni ..aihh , baru sebut dah 'im' aku ? .. oke . hari ni nak tulis tanpa ada tekan 'backspace' pun ,biarpun baru je tekan ni . hhaa ...
Assalamualaikum .
Cuma terpanggil dengan kata kata dari seorang akhwat ni ,
"Di padang masyar kita tak ada ic"
Maksud yang dia cuba sampaikan ialah , Di dunia kita boleh mengaku kita Islam sebab dalam ic ada menyatakan kita ini agama islam . Tapi dekat akhirat nanti ic biru tu kita dah tak pakai dah . Lepas kita mati je , ic tu dah tak bawa makna apa apa lagi . Yang mengkategorikan kita islam atau bukan islam di padang masyar nanti ialah cuma catatan hidup kita . ohhh gulp .
Alhamdullilah , hari ini satu langkah kecil yang berani telah aku ambil , Tudung bidang 50'