Followers

Tahniah

Assalamualaikum ,

Hari dapat berita yang kawan sekolah dulu dah selamat lahirkan anak . Tahniah ayu ..
dan cerita yang sedih sikitnya yang saya baru tahu dia dah kahwin dalam sebulan yang lepas , aish aish sarahh , kesian ayu tak dapat hadiah dari aku   ..
Macam tak percaya dia dah kahwin dan dah ada anak pun , padahal waktu sekolah dulu , dia lah manusia paling rock gaya jalan tak ubah macam ********  sekarang dah cantik sebab dah pakai tudung labuh * apa yang saya nampak dkt fb lah ..
and again , 
Ayu tahniah sebab dah jadi ummi untuk Erika Umaira . Cantik nama tu .
Ayu , One more step in your life . Semoga berkeluarga sampai Jannah .

.............................................................................................................

Setelah sekian lama sungguh tinggal rutin berbasikal keliling kampung , akhirnya hari ni saya kembalikan rutin saya tu semula . In Shaa Allah , untuk kali ni mesti jadi rutin ..  Kira kira hampir 8 bulan kot saya lari dari berbasikal . Lepas je pergi Bmi bulan 7 tahun lepas terus tak naik dah basikal tu. Lepas tu , ada satu kali tu .. saya balik sebab rasa nak naik basikal , tapi tup tup balik , ayah saya cakap basikal proton dah kena curi .. Jahat betul si pencuri tu , memang rumah saya ni selalu kena tanda untuk mencuri barang lah kan . Dulu skateboard * saya reti kot main imbang badan atas skateboard tu , pun waktu saya darjah 6 laa tapi sekarang tak tahu laa .. berat dah bertambah berat .. (:

Laju merentas masa 

Harus dibasuh setelah melintasi kandang lembu 




Tahniah untuk Cik Sarah & Puan Rohayu

Mok saya pesan

Bercerita tentang si jiran yang ayah si jiran saya ni walaupun umur dah tua tapi larat dan mampu lagi pergi ke Tanah Suci setiap tahun . Kemudian mak saya bersuara ,
"nanti mok tua mok nak mcm tu laa , kalau boleh setiap tahun nak pergi sana , nak guna duit anak anak
"Dan saya seperti biasa , buat senyuum kambing seperti kebiasaan tapi dalam hati cakap ,
"In Shaa Allah one day i'll make it true .."
"Tu je Mok nak ... "

Terharu.


 Bilakah  masa untuk aku dijemput menjadi tetamu Allah ?


 
Umrah 2011's trip . 


...............................

Teringat zaman kena tinggal dengan parents sebulan lebih sebab mok ayah pergi haji dan waktu tu saya baru darjah 4 dan paling best tak rindu kat mok pun , tapi bila dapat kad yang ada gambar kaabah dari mok baru rasa teringat dekat diorang pastu ada menangis sikit sikit  tapi untuk satu malam tu je . haha . Kental anak haji Baha ni . 
...........................................................
Satu hari nanti saya nak pergi haji dengan imam idaman saya , taknak pergi time umur dah tua tua .. nak pergi umur muda muda . Tiru macam mok ayah saya .


WONDERING WHO'S THE OWNER OF MY RIB CAGE

Bahagia dan Ujian Hati

Assalamualaikum
Semalam ada berita mengkhabarkan bahawa hari jumaat bersamaan 29 Jun keputusan untuk semester dipercepatkan . Dari pukul 3.30 saya dah buka ecitie tapi malangnya hanya keputusan lulus dan gagal sahaja yang keluar , aduh mnguji keimanan betul cik siti ini selepas hampir berpuluh kali asyik jari menekan tetikus ..
Tepat jam 6.30 petang kembali setia menghadap cik siti , dan Alhamdullilah ..
biarpun saya bukan lah pelajar terpilih untuk menjadi ahli dekan , tapi pointer saya naik dari sebelum ni . Makanya senyuman kali ini lebih manis dari senyuman yang lepas .




...................................................................................................................................................................

Minggu ini entah apa yang menganggu , Iman rapuh sangat , baru diuji terus mengalah ..
Aku bencikan rasa ini , rasa ini yang menyemai baja kotor kepada aku sehingga aku membuahkan buah yang buruk kepada Tuan Bumi ini ... Banyaknya syaitoon nirrojim yang bergayut cuba melalaikan aku ..

Sukar digambarkan hati ketika ini
bila mana
hati kuat mengatakan 'ya' kepada dia
Ya Allah , tolong lah pimpin kan aku
Jangan kau sesat kan aku
Cinta aku pada Mu belum kukuh apatah lagi kalau aku mencintai dia
Pudarkan lah rasa ini yang terpendam di lubuk hati ni
dan
Pulihkan kembali setelah aku memperbaiki cinta ku pada Mu
 

Truly , im sick inside




Ujian bertadika

Minggu ni masuk minggu ke dua aku menjadi cikgu yang tak bertauliah langsung . Serius , sangat sangat penat jadi cikgu ni . Mungkin sesetengah orang akan cakap , "eleh , cikgu je pun "
hah! penat sangat .. walaupun mengajar separuh hari tapi penat tu sampai ke petang . Mungkin untuk orang yang pemalas macam aku lah kan .
Baru masuk minggu kedua suara dah serak serak . Ya Allah , jadi cikgu sangat menduga iman dan sabar .

Aku dapat kelas yang boleh dikatakan budak budak dia kurang diberi pendedahah huruf , angka , dan doa doa harian . Aku sedikit terkejut sebab dalam kelas tu aku rasa sorang dua je betul betul bagus dapat baca doa , kenal huruf , kenal angka . Ya Allah sedih sangat waktu dah la dengan tak pernah mengajar budak dengan tak tahu jaga budak lagi . Istighfar sambil nafas dilepas perlahan - lahan .

Kiri dan kanan aku , masing masing bersuara ,
"Cikgu , tengok dia taknak kawan kita" 
"Cikgu , tengok fawwaz ni taknak kongsi air " 
"Cikgu , nak kencing " "Cikgu , pensil saya patah " 
"Cikgu , cikgu pakai macam mana tudung ni " 
"Cikgu , saya tak pandai " 
"Cikgu , penat laa " 
tak kira lagi yang menangis , tak nak buat kerja ..

sampai satu saat , sabar aku hilang , tusukan suara suara makin binggit didalam kepala lantas .... DIAM!!!

Senyap seketika kelas , Mungkin tidak pernah mendengar aku meninggikan suara sebegitu .. aku rasa letih sangat sebab demam , nak menangis pun ada . Aku bersandar pada dinding , rasa nak berhenti . Tapi bila ingat balik , waktu first tazkirah hari tu , cik Siti ada cakap , 
 "Sarah ni muda lagi ni , kena jaga kelakuan, kena jaga nama mak ayah , mak ayah awak semua orang kenal , nanti kalau awak tak jaga kelakuan bukan awak yang dapat nama , mak ayah dapat nama , orang salah kan mak ayah sebab tak pandai didik anak , bukan awak "
Tambahan lagi cik Aisyah pun ada cakap ,
"awak sarah jangan jadi macam cikgu lain mengajar dua tiga hari dah berhenti " .

Serba salah menebal dua mata ku pandang tepat ke mata mata suci itu , ahh .. terbit rasa kesal ..
Aku mula persoalkan kepada mereka , "Cikgu garang ke "

"TAK! " 

dan mula lah berdrama dengan mereka ...

Salah aku mungkin yang tak tahu mendidik budak tadika , tapi aku ada misi aku tersendiri . Aku janji dan tekad nak ajar mereka sampai boleh membaca , menulis , kenal huruf dengan angka , dan ingat semua doa .. sampai cukup sebulan aku kerja . Tu janji aku .

dan alhamdulillah , berbaloi sangat bila mengajar sampai anak tekak sakit dan tengok hasilnya ada sorang dua budak ni dah mampu kenal dan tulis angka . Aku tersenyum .

Mahal sungguh jasa guru apatah lagi jasa mak ayah kita .


Rindu zaman hingusan

Assalamualaikum
Cuti tinggal sebulan lebih lagi ! wuhaaa , bukan sebab cuti nak habis tapi sebab kenapa lama lagi cuti nak habis .. very pathetic story .

Sekarang ni saya rasa rumah saya sekarang ni macam gloomy habis , yela dulu merata tempat ada je adik , tak ruang tamu dalam bilik , tak dalam bilik depan tv tak ada dalam bilik mesti tengah berangan bajet macam duduk oversea padahal duduk tidur depan peti ais dekat dapur .

Tapi sekarang ,
aduhh sedih sangat .. kadang kadang tv kat rumah tu tak bukak pun , kalau dulu , dua biji tv tu memang tak cukup laa .. sampai bergaduh menangis teresak esak sebab tak boleh tengok tv .. selalu nya yang menangis tu mestila saya kan , tak dak geng nak lawan dengan askar askar semua tu ..

Sekarang bila dia org duduk asrama baru tahu rindu , baru rasa tak nak gaduh gaduh macam dulu ,
sekarang nak bergaduh bertumbuk macam tu pun dah ada limit , dulu mana ada , kaki atas bahu kot bajet tengah practice taekwando ,
rindu nak balik zaman kecik kecik ...
main sama sama , gaduh ramai ramai , makan nasi lemak kongsi tiga orang ,
Dulu kalau beli gula gula paket besar mesti kira dulu pastu bahagi 6 , sorang dapat berapa , siapa dapat gula gula lebih memang semua adik beradik tak puas hati la sbb tak adil dapat lebih

Tapi sekarang , tak heran dah .. tak de dah konsep nak bahagi 6 orang ni ..

Kalau dulu tengok bola saya je yang kena hentam sebab bola tak masuk gol saya je overexcited jerit lebih lebih , pernah sekali tengok bola dkt kedai dengan diorang , tiba tiba saya jerit padahal tak gol pun , semua tengok .. pastu mula aa diorang cakap "koya ajak kak yah tengok bola" ..
Tapi sekarang , kesian ayah saya tengok euro sorang sorang ..

Kalau dulu adik yang bongsu mintak susu selalu cakap kat dia " dah dah lah minum susu , menyusahkan kak yah je kena buat utk awok"..
Tapi dulu dengan sekarang lain , Makin hari makin sunyi , sedihh .. Saya sebagai kakak pun rasa sunyi bila adik adik tak balik rumah ni kan mak ayah saya ..

Rasa nak je pergi balik zaman lampau , bila saat kitaorg ramai ramai duduk dalam bilik mok duduk atas katil sampai berborak borak dengan mak ...berharap sangat , tapi apakan daya angan angan mat jenin je ..
.....................................................................................




Dalam tengah fikir pasal satu pertubuhan yang saya join dalam 2 bulan yang lepas akhirnya dapat jawapan , ingatkan borang permohonan saya hilang sebab tak dapat apa apa call pun dari pihak PEMBINA . tapi tadi dapat text dari Kak Radhiah , Bahagia sangat . Sampai sanggup segera topup pergi korek tabung adik nak balas text Kak Radhiah punya pasal  .
.................................................................................


Tiba tiba saya jatuh hati dengan dia yang subuh berjemaah , hoping so he will be my Imam dan he also shows a positive sign tapi lupakan itu semua rahsia Allah .

Hati Saya


Hati saya 


 
  Selalu buat dosa , banyak pulak tu . Selalu cakap menda tak elok , tak dengar cakap mak , tipu mak , tak baca Quran , tak nak maafkan orang ...

 
 Makin besar makin nak habis umur belas belas ni hati saya makin hitam , hitam sehitam hitamnya


   
Jadi  kena banyak berzikir , supaya titik hitam dalam hati hilang .



Tengok kan dah bersih hati ni .

So , pengguna smartphone .. luangkan masa untuk berdoodle hati sekejap , Lukis hati anda , ambik warna hitam buat titik - titik hitam menandakan hati telah menjadi gelap disebabkan dosa dosa kering , Then , ambik 'eraser'  padam titik titik hitam tu sambil ucapkan "Astaghfirullah "  sampailah titik titik hitam tu hilang . Automatik , hati kita yang real pun terbersih sikit sikit dari langsung tak dibersikan kan .. 
.......................................
 Jom baca Tinggalkan sikap dan tegakkan syariat .
New thing you must learn .

Hajat

Assalamualaikum

 Dulu kan saya ada tulis pasal hajat saya nak pakai tudung labuh . cepatt . tekang sini  dan hari saya dah tunaikan hajat tu .  Hajat tercapai , Alhamdullilah tapi saya bukanlah sebaik apa yang saya pakai cuma sedang memperbaiki diri . Doakan saya istiqamah . Sebenarnya saya pun takut untuk take this way , macam macam saya fikir , takut tak boleh buat ni tak boleh buat tu . takut saya , Tapi bila bukak tafsir Surah Annur, takkan saya nak ingkar cakap Allah pasal aurat ,


"Tidak ada tuhan selain Dia , maka mengapa kamu berpaling dari menyembahNya? "

 Siapa lagi yang aku harus bersandar selain Allah , believe Allah  dan saya percaya sebenarnya saya banyak sangat fikir dan semua tu syaitan punya kerja , banyak sangat bergayut dengan telinga saya . Dan terbuka hati bila baca blog sahabat lama , geng surau waktu bulan puasa masa kecik kecik dulu , dia bakal jadi doktor In Shaa Allah . Iktibar dari baca blog dia , dia bertudung labuh tapi still boleh aktif macam biasa , so apa salahnya kan cuba perlahan lahan  . oh lupa !  nama dia  Hummaira




..........................................................................................................................................................

Tadi ada junior saya dia unfriends dengan saya . Saya checked balik setengah jam lepas tu dah block saya . Wah wah , terkejut saya . Kesnya sebab dia ada ciri ciri untuk berdakwah tapi cara dia menyampai tu sangat kasar dan memerli berlebih lebihan dan saya rasa macam  , ohh no no no , ni tak elok .. sebab Allah dah berfirman dalam Surah Al-Nahl . Jadi sebagai hamba Allah , why not spread kan ayat cinta dari Allah ni dan saya rasa saya kena bertanggung jawab untuk untuk menegurnya , saya takut nanti dekat sana nanti Allah soal saya " Kenapa kamu tidak saling membantu nasihat menasihati mereka  yang seagama dengan kamu , kenapa ! " .


"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik" 
Terkilan dengan junior tu sebenarnya , sebab dia cuba untuk mengubah seseorang dengan harapan orang sekeliling nya dapat apa yang cuba dia sampaikan tapi diri dia sendiri tak nak dengar nasihat orang lain . Doh macam mano tu ? takpelah , dakwah memang takkan jumpa fullstop pun .