Followers

Hajat

Assalamualaikum

 Dulu kan saya ada tulis pasal hajat saya nak pakai tudung labuh . cepatt . tekang sini  dan hari saya dah tunaikan hajat tu .  Hajat tercapai , Alhamdullilah tapi saya bukanlah sebaik apa yang saya pakai cuma sedang memperbaiki diri . Doakan saya istiqamah . Sebenarnya saya pun takut untuk take this way , macam macam saya fikir , takut tak boleh buat ni tak boleh buat tu . takut saya , Tapi bila bukak tafsir Surah Annur, takkan saya nak ingkar cakap Allah pasal aurat ,


"Tidak ada tuhan selain Dia , maka mengapa kamu berpaling dari menyembahNya? "

 Siapa lagi yang aku harus bersandar selain Allah , believe Allah  dan saya percaya sebenarnya saya banyak sangat fikir dan semua tu syaitan punya kerja , banyak sangat bergayut dengan telinga saya . Dan terbuka hati bila baca blog sahabat lama , geng surau waktu bulan puasa masa kecik kecik dulu , dia bakal jadi doktor In Shaa Allah . Iktibar dari baca blog dia , dia bertudung labuh tapi still boleh aktif macam biasa , so apa salahnya kan cuba perlahan lahan  . oh lupa !  nama dia  Hummaira




..........................................................................................................................................................

Tadi ada junior saya dia unfriends dengan saya . Saya checked balik setengah jam lepas tu dah block saya . Wah wah , terkejut saya . Kesnya sebab dia ada ciri ciri untuk berdakwah tapi cara dia menyampai tu sangat kasar dan memerli berlebih lebihan dan saya rasa macam  , ohh no no no , ni tak elok .. sebab Allah dah berfirman dalam Surah Al-Nahl . Jadi sebagai hamba Allah , why not spread kan ayat cinta dari Allah ni dan saya rasa saya kena bertanggung jawab untuk untuk menegurnya , saya takut nanti dekat sana nanti Allah soal saya " Kenapa kamu tidak saling membantu nasihat menasihati mereka  yang seagama dengan kamu , kenapa ! " .


"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik" 
Terkilan dengan junior tu sebenarnya , sebab dia cuba untuk mengubah seseorang dengan harapan orang sekeliling nya dapat apa yang cuba dia sampaikan tapi diri dia sendiri tak nak dengar nasihat orang lain . Doh macam mano tu ? takpelah , dakwah memang takkan jumpa fullstop pun .




Cikgu Sarah

Assalamualaikum
Hari ni hari pertama saya jadi cikgu  & first time saya bekerja
one word yang paling nak diluahkan ialah PENAT !
Rasa dalam hati macam "huwaaa, huwaaaa" sebab tak rilek macam selalu
dan kan tak pernah bekerja dengan orang ,

jadi ni pengalaman kena jugak tempuh .

Sebabkan hari ni hari Isnin , so pagi pagi tadi ada tazkirah
so tazkirah tu berbunyi :


"Andai anda melakukan sedikit manfaat dan kebaikan dan anda tebarkan kepada semua makhluk Allah , In Shaa Allah pahala iyu milik kita , dan kalau kita menyokong seseorang dalam melakukan kebaikan , In Shaa Allah , kita akan dapat separuh dari  pahala orang yang kita sokong tu , & kalau kita menyokong seseorang melakukan kejahatan , walaupun dengan berkata "YA" , maka separuh dari dosa itu akan menjadi milik kita"

Secara details saya mengajar di Tadika Pasti Ibn Khaldun , officially guru kelas Lavendar , cikgu Aisyah macam tahu tahu je saya suka lavendar . Dalam kelas saya ada 14 students ,

Mengajar budak tadika memang banyak sangat kena sabar ,
dari awal saya datang sampailah nak balik , these children keep saying ,
 " cikgu ! tengok ni dia tak nak kawan dengan kita " 
 "cikgu , tengok ni dia taknak salam dengan kita " .. 
ohh , mungkin aku dulu pun macam tu , asyik cakap dia tak nak kawan kita , 
dan paling cute bila tengok diorang gaduh pastu baik semula macam tak de apa apa . Seronok !

dan dalam kelas saya , saya haruslah selalu berkata pasal syurga sebab this thing je yang buat diorg jadi duduk diam ,
setiap kali diorg bising , saya kena cakap . "Allah tak suka orang nakal nakal"
setiap kali diorg ambil barang kawan kawan , saya kena cakap , "Allah tak suka org mencuri nanti banyak dosa tak dapat masuk syurga "

dan always kena cakap esok cikgu bagi gula gula .kalau nak suruh diorg diam
dan kalau malas nak buat kerja kena cakap , " siapa nak bintang ?"
then diorg dengan tekunnya buat kerja dan mintak 10 bintang .. hehe .

dan lagi 1 waktu balik tadi , ada sorang budak ni dia nak terkencing dah terkencingg dalam seluar .
Then saya cepat cepat bawak dia pergi tandas dengan lembut laah kan ,
pastu lepas dia dah siap , dia tanya saya "Cikgu tak marah ke saya kencing dalam seluar "
time tu speechless sangat , sebab memang tak niat pun nak marah , so terpaksa lah pretend cakap , "aah , cikgu marah sangat , lain kali umaira jangan kencing lagi dalam seluar , nak kencing bagitahu "
saja cakap macam nak kasi dia ingat sikit ...

*Dulu waktu saya tadika pun saya macam tu , siap yeyak lagi dalam seluar , pergi baju sekolah balik sekolah pakai kain pelikat je dengan baju kurung je sebab kain dah kotor dan  kain berbungkus dalam plastik beg .. hehe . turun turun bas mok gelakk kan je , That call memory of mine !











a

Dugaan

Assalamualaikum .
First sekali nak cakap Alhamdullilah ..
syukur sangat dengan apa yang Allah bagi sekarang ..
rasa bahagia sangat sebab Dia dah makbulkan doa saya .

Untuk tiga minggu berturut turut ,
asyik jatuh , jatuh dan terus terjatuh ..
Setiap malam saya naik katil pukul 9 malam tapi mata tak boleh lelap sampailah jam 3 mata baru boleh tertutup sebabnya banyak benda yang menganggu emosi saya ,
Selama tiga minggu saya menangis ,
Saya hilang kekuatan .
Hari hari saya seperti cuka tanpa gula ,
tapi saya tahu Allah tengah duga saya , sebab dia nak bagi saya sesuatu . Jadi saya kena kuat!
Saya terima dugaan itu seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Alhamdullilah , sebab
first sekali sebab  hubungan saya dengan hamba Allah ni dah semakin pulih ,
kedua , result semester 2 saya pass semua subjek , walaupun result pointer belum keluar tapi saya yakin , In Shaa Allah , mungkin lebih baik , Ameen .
Ketiga sebab saya dah dapat kerja sebagai cikgu tadika .
Waktu tengah jatuh , saya doa semua ni dengan Allah ,   and He replies me !

Dalam perjalanan hidup ini kita mesti terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu.

Bak kata Surah AlAnkabut " Cubaan itu adalah ukuran bagi sempurna atau tidaknya iman seseorang "




Kematian

Assalamualaikum ,

Hari ni  masih lagi penat , berjalan yang panjang untuk 3 hari ini belakangan ni . Sangat penat umpama baru habis  merentas desa waktu sekolah dulu .

Tiga hari yang lepas dalam pukul 3 petang dapat call dari paksedara , cakap my ayah teh koma  .
then lepas dapat call terus balik terengganu , sebab takut tak sempat kannn .
so sampai terengganu dalam pukul 8 , Alhamdulliah , dapat jugak masuk wad walaupun pada awalnya di bangkang oleh nurse dekat situ * biasalah gov hospital ..



 Jam 8.30 malam


waktu melawat sempat baca Yassin , and tengok keadaan dia stabil je walaupun dia tak sedar tapi berdasarkan skrin bacaan tekanan darah tu ,menunjukkan dia stabil .
lepas tengok keadaan dia yang sangat stabil tu , jadi ayah decided nak balik kuantan semula memandangkan esok dia bekerja . Ada cerita waktu saya balik ke Kuantan , tapi taknak cerita lagi .

Jam 2 sampai Kuantan .

Tapi dalam pukul 7 , kami dapat call dari pak sedara , yang ayah teh dah habis umur ..
Sangat terkejut , sebab semalam waktu melawat dia, tengok dia oke je . Tak sangka tu last aku tengok dia bernafas walaupun dalam keadaan tak sedar  .
Dengan penat semalam tak habis lagi , pulanglah ke kampung ...


Sampai saja terus capai Yassin dengan harapan ringan beban yang dia tanggung dan berharap bila aku dah terlantar kaku ada yang sudi membacakannya untuk aku .

Dan sekali lagi aku berpeluang menatap wajah ayah teh betul betul untuk kali terakhir ,
Bila kain putih dah di buka serius aku lama sangat tengok muka arwah sebab muka arwah masa tu sama macam arwah ayah we aku .. sebak lagi teringatkan dkt ayah we , tak tahu kenapa setiap kali ingatkan arwah ayah we mesti macam tak percaya dia dah pergi untuk selamanya , terasa lagi kewujudan dia . Bila rasa dia wujud mula lah mata akan terus berlinang mungkin sebab rindukan dia , yelah dari kecik lagi rapat dengan dia .

Perasaan sedih dalam gmbira...bercampur baur perasaan bila melihat jenazah ayah teh yg mata tertutup rapat dan mulut seakan akan tersenyum seperti sangat tenang disana ..

Mendengar berita kematian yang cukup banyak dalam kalangan ahli keluarga terdekat sejak belakangan ni , membuat kan aku tersedar dan takut , ternyata bahawa ajal itu hampir dan tersangat hampir dengan aku , Apakah amalan aku selama ini cukup untuk menjadi bekalan untuk aku terus subur di alam sana  ?
Aku masih lagi mencari nya dan pasti bila tiba saat jenazah diusung keluar , aku tersedar harta bukanlah bekalan yang kekal untuk menjadi bekalan untuk menghadap Sang Pencipta .



Selamanya ke alam sana


dan
 semestinya aku juga akan merasai mati itu bagaimana hanya menunggu waktu .

Apakah perasaan bila tanah mula menghimpit jasad ini ?



 Janji Allah itu pasti



ArRahman

Assalamualaikum .
 "Maka nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan ?" : Surah ArRahman 
Tinta kali ni cuma untuk memperingati diri tentang solat .
Saya akui , bab bab solat saya sangat liat , banyak sangat lompong pasal solat ni . 
Tapi dari dulu mok saya , cikgu saya suruh baca surah ArRahman . Saya suka baca surah ni , mungkin sebab banyak ayat yang sama berulang ulang . Senang sangat nak hafal surah ni , tapi tu dulu , waktu saya rajin baca . Tapi dah besar panjang makin liat nak baca AlQuran ,
 dan satu hari saya nampak Kak Huda post satu gambar , dan caption dia
 " Apalagi nikmatMu yang aku dustakan.. "

 Nikmat ? 
 Apakah selama ini aku tak mensyukuri nikmat yang telah Allah beri ? 
Aku hidup selama ini berdasarkan nikmat yang Dia beri .. tapi adakah aku bersyukur ?
 Ucapan Alhamdullilah jarang sekali aku sebut . berat lidah ini untuk mengucapkannya .
 Akhirnya aku sedar , "Aku mendustai nikmatMu , YaAllah" 

 Makanya , kalau malas solat cepat cepat cakap dalam hati , 
"Maka nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan ?"
 Bila kita cakap macam tu dalam hati kita , In Shaa Allah akan timbul sikit rasa takut kepadaNya . Maksudnya , akan ada rasa terdetik dalam hati cakap 
"iishh , takkan solat 5 minit pun tak boleh , Allah dah bagi aku peluang hidup dalam islam pun kira bersyukur lah " ,
 "aish , Kena solat jugak ni , tadi dah boleh makan sedap sedap , takkan tak nak solat kot " 
dan pastikan selalu bersoal jawab dengan hati , contoh : 
Saya : Malas solat laaa 
Hati : Aishh , tak boleh Sarah , nanti Allah dah tarik nikmat baru nak menangis sekian sekian . 
Saya : Dah la tengah migrain ni , tak larat aa nak sujud , tambah lagi pening nanti 
Hati : Mama tahu nanti solat Allah reda kan migrain tu ?
 Saya : erm , baik solat , 5 minit je pun . 

Tengok ! Always cakap dekat hati mende yang baik . Bila hati kita yakin automatik kita pun akan bergerak dengan yakin . Sebab tu orang selalu cakap "Think positive"

Kata kata dari seorang sahabat dari Tasmania , Hobart : Kak Huda 

Seronok sangat bila guna smartphone ni , sebab tak payah dah nak pergi online editing untuk edit edit gambar .Cuma guna istagram dengan textgram je dah siap pun .So , tak payah dah nak curi gambar cun cun dari Mr google .

TEKAD !

yeh ,berbekalkan semangat yang sangat tinggi , aku tekad , langkah pertama harus bermula hari ini . maut turun kalendar akademik , melihat jauh kehadapan , bilakah semester tiga ku akan bermula .. 
yes ! cukup sebulan untuk aku bekerja . malah , berbaki lagi hari untuk aku berehat setelah penat berkerja , aku capai tshirt berwarna hitam , melangkah penuh tekad ke toilet , mencuci muka agar bila ditemuduga nanti tidaklah nampak seperti orang kurang siuman .  
Usai sahaja , aku mula misi ku mencari kunci skuter merah ku , "hah ,takde !" 
aku mula menggaru kepala , tersalah letakkah ? 
aku melangkah melihat ke jendela luar sana , aduh , sinaran mentari begitu terik memanah tepat ke dalam mata ku , gelap sebentar pemandangan ku , kepala mula berpinar - pinar , melangkah kembali ke ruang kawar ku mencari cermin mata ku , "hah. takde ! "  
hati mula risau , kepala makin kuat menekan - nekan , mata seperti dicocok cocok . makin ku mencari kunci skuterku dan juga cermin mata ku , tekad ku semakin lama semakin hilang . dalam hati berbisik  'takpe , esok masih ada ' 
arghh ,langkah pertama nak cari kerja tak jadi , ada manusia yang sedang membonceng skuter itu , kenapalah dia menaiki motor itu hari ini ,
 waduh waduh waduh , 
dan
 spek mata tak jumpa jumpa .. 
itu sahaja cerita saya hari ini , 

Kebahagiaan

Sorry , hari ni banyak nak post . 
tak tahu dalam kepala macam banyak sangat nak cakap kat blog ni . 
Senanya , dah lama nak cakap pasal ni . tapi entah lah .. tak terbuat . 
Oke , Kebahagiaan ..kalau kita fikir fikirkan balik , apakah kabahagian sebenar yang kita cari . 
Saya cakap ni sebab saya sendiri terkeliru dengan diri saya , 
pengembaraan mencari ilmu di bandar besar macam KL ni banyak sangat mengajar saya erti kebahagiaan . dalam benak ni selalu sangat persoalkan , "apakah kebahagian yang aku cari " , 
Bermusafir mengajar saya memerhati , mentafsir dan memperbaiki diri . 

Menjejakkan kaki ke Masjid Jamek . 

Saya rimas melihat situasi di Masjid Jamek , gaya pemakaian yang pelik saya temui , manusia duduk didalam suasana yang merimaskan tapi baginya selesa amat , kepanasan , warung warung yang saya sendiri musykil untuk memenuhi perut saya ini , manusia terpekik terlolong , lorong yang sangat sempit , suasana yang melemaskan! 
Di dalam benak saya , bahagiakah mereka ?

 Menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid 

Suasana yang amat selesa , tapi kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan masing masing lupa untuk sujud kepadaNya , melihat pasangan pasangan yang sedang bermanja manja di hadapan saya memperagakan pakaian berjenama membuatkan saya tertanya tanya , "adakah mereka mencintai kerana akhlak , rupa atau kebendaan semata mata " ,melihat suasana di waktu zuhur begitu memilukan , "dimanakah mereka yang seagama dengan saya ?" , anak melayu dah tiada melayu nya lagi . 
Saya menyoal diri saya lagi , bahagiakah mereka ? 


Kepala saya ligat memikirkan apakah bahagia sebenar yang aku cari ? 
Apakah kemewahan itu tandanya kita bahagia ?


Jawapan untuk persoalan yang telah lama bersarang telah saya temui ,
Erti kebahagian bagi saya ialah , saat saya boleh sujud lama lama di atas sejadah , meluahkan apa yang saya mahu saat itu merasakan bahawa hanya saya seorang hamba yang Dia ada , saat saya membaca surat cinta dariNya , ya Allah , rasa hati tenang sangat , lapang selapang lapangnya . Bahagia bagi saya ialah , bila Allah berikan saya family yang bahagia , ayah yang superohsem yang buat saya nak jadi macam dia , mak yang pandai masak , adik beradik yang tahu pasal agama dan selalu tegur saya pasal perempuan patut buat itu perempuan patut buat ini , bahagia saya bila dalam selalu solat berjemaah dengan family , dilahirkan oleh parents yang sangat menekan kan soal agama , sering marah dekat anak- anak dia , kalau tak pergi solat dekat surau . Bahagia saya bila ,saya melihat ayah saya seorang kuat jihadnya di jalan Allah , saya kagum ! mempunyai ayah yang tidak membesarkan saya dengan kemewahan . Itulah bahagia bagi saya ,

Rasanya tak perlu bermewah mewahan , Bagi saya cari bahagia di atas sana dahulu , InsyaAllah , Dia akan taburkan bahagia yang amat mendalam untuk kita . InsyaAllah , Bahagia dunia dan akhirat .