Followers

TEKAD !

yeh ,berbekalkan semangat yang sangat tinggi , aku tekad , langkah pertama harus bermula hari ini . maut turun kalendar akademik , melihat jauh kehadapan , bilakah semester tiga ku akan bermula .. 
yes ! cukup sebulan untuk aku bekerja . malah , berbaki lagi hari untuk aku berehat setelah penat berkerja , aku capai tshirt berwarna hitam , melangkah penuh tekad ke toilet , mencuci muka agar bila ditemuduga nanti tidaklah nampak seperti orang kurang siuman .  
Usai sahaja , aku mula misi ku mencari kunci skuter merah ku , "hah ,takde !" 
aku mula menggaru kepala , tersalah letakkah ? 
aku melangkah melihat ke jendela luar sana , aduh , sinaran mentari begitu terik memanah tepat ke dalam mata ku , gelap sebentar pemandangan ku , kepala mula berpinar - pinar , melangkah kembali ke ruang kawar ku mencari cermin mata ku , "hah. takde ! "  
hati mula risau , kepala makin kuat menekan - nekan , mata seperti dicocok cocok . makin ku mencari kunci skuterku dan juga cermin mata ku , tekad ku semakin lama semakin hilang . dalam hati berbisik  'takpe , esok masih ada ' 
arghh ,langkah pertama nak cari kerja tak jadi , ada manusia yang sedang membonceng skuter itu , kenapalah dia menaiki motor itu hari ini ,
 waduh waduh waduh , 
dan
 spek mata tak jumpa jumpa .. 
itu sahaja cerita saya hari ini , 

Kebahagiaan

Sorry , hari ni banyak nak post . 
tak tahu dalam kepala macam banyak sangat nak cakap kat blog ni . 
Senanya , dah lama nak cakap pasal ni . tapi entah lah .. tak terbuat . 
Oke , Kebahagiaan ..kalau kita fikir fikirkan balik , apakah kabahagian sebenar yang kita cari . 
Saya cakap ni sebab saya sendiri terkeliru dengan diri saya , 
pengembaraan mencari ilmu di bandar besar macam KL ni banyak sangat mengajar saya erti kebahagiaan . dalam benak ni selalu sangat persoalkan , "apakah kebahagian yang aku cari " , 
Bermusafir mengajar saya memerhati , mentafsir dan memperbaiki diri . 

Menjejakkan kaki ke Masjid Jamek . 

Saya rimas melihat situasi di Masjid Jamek , gaya pemakaian yang pelik saya temui , manusia duduk didalam suasana yang merimaskan tapi baginya selesa amat , kepanasan , warung warung yang saya sendiri musykil untuk memenuhi perut saya ini , manusia terpekik terlolong , lorong yang sangat sempit , suasana yang melemaskan! 
Di dalam benak saya , bahagiakah mereka ?

 Menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid 

Suasana yang amat selesa , tapi kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan masing masing lupa untuk sujud kepadaNya , melihat pasangan pasangan yang sedang bermanja manja di hadapan saya memperagakan pakaian berjenama membuatkan saya tertanya tanya , "adakah mereka mencintai kerana akhlak , rupa atau kebendaan semata mata " ,melihat suasana di waktu zuhur begitu memilukan , "dimanakah mereka yang seagama dengan saya ?" , anak melayu dah tiada melayu nya lagi . 
Saya menyoal diri saya lagi , bahagiakah mereka ? 


Kepala saya ligat memikirkan apakah bahagia sebenar yang aku cari ? 
Apakah kemewahan itu tandanya kita bahagia ?


Jawapan untuk persoalan yang telah lama bersarang telah saya temui ,
Erti kebahagian bagi saya ialah , saat saya boleh sujud lama lama di atas sejadah , meluahkan apa yang saya mahu saat itu merasakan bahawa hanya saya seorang hamba yang Dia ada , saat saya membaca surat cinta dariNya , ya Allah , rasa hati tenang sangat , lapang selapang lapangnya . Bahagia bagi saya ialah , bila Allah berikan saya family yang bahagia , ayah yang superohsem yang buat saya nak jadi macam dia , mak yang pandai masak , adik beradik yang tahu pasal agama dan selalu tegur saya pasal perempuan patut buat itu perempuan patut buat ini , bahagia saya bila dalam selalu solat berjemaah dengan family , dilahirkan oleh parents yang sangat menekan kan soal agama , sering marah dekat anak- anak dia , kalau tak pergi solat dekat surau . Bahagia saya bila ,saya melihat ayah saya seorang kuat jihadnya di jalan Allah , saya kagum ! mempunyai ayah yang tidak membesarkan saya dengan kemewahan . Itulah bahagia bagi saya ,

Rasanya tak perlu bermewah mewahan , Bagi saya cari bahagia di atas sana dahulu , InsyaAllah , Dia akan taburkan bahagia yang amat mendalam untuk kita . InsyaAllah , Bahagia dunia dan akhirat .

Sampai bila bila

Assalamualaikum , badan masih tak larat , demam demam .
 Asyik baring je penat jugak badan ni , tak selesa .
 Bukak lappy tak de apa yang menarik dengan semua laman sosial . 
Bosan melihat telatah manusia asyik merungut sini sana benci itu benci ini . 
 Muak aku melihat perangai mereka , 
apakah yang sebenar yang dikejar kejar kan ? 
Sedarkah mereka bahawa dunia tanpa kebencian tanpa rungutan hanyalah idaman semata mata , mustahil untuk mengrealitikanya , sampai bila bila ..

 sampai bila bila

Surah Al-Israk:32

Assalamualaikum
Dulu pernah ber usrah dengan Eka , dan biasalah kalau dengan Eka saya lebih suka bercakap pasal hati dan perasaan , hati ke hati sebab dia sangat cepat memahami saya , di tambah pula dengan sikap dia yang sentiasa mendengar .. 
so , hari tu (sebenarnya waktu sem 1) , kita orang bercakap pasal cinta . Pandangan masing masing tentang cinta yang sebenar , apa yang sebenarnya yang menyebabkan cinta menjadi salah dan sebagainya . 
dan ada satu ayat yang Eka bagi , alhamdullilah telah menjadi pegangan untuk saya sampai hari ini .
 Dia cakap : "awal - awal lagi Allah dah pesan jangan hampiri zina" 
. Dari pandangan saya memanglah zina itu , bermaksud duduk berdua - duaan dan sebagainya yang berdua-duaan . 
Tapi sebenarnya tak punn ,
.......................................................................................................
 dan banyak kali sangat dah saya delete , taip , delete dan taip , dan saya hilang kata-kata untuk bagi memahamkan apa yang saya cuba sampaikan dan saya nak terang pakai bahasa saya pun saya sendiri pun tak faham , jadi dengan ada nya komik kat bawah ni , moga moga korang faham apa yang saya ingin sampaikan . 

sorry , 

 


  
  

 

INDUCTION WEEK (:

Oke semangat-semangat sambil melayan lagu westlife season in the sun . 
ohh touching je lagu ni . Dah lah tengah sedih nak tinggal rumah esok . hadoi , malas nya . tak puas lagi duduk rumah ni . oke .
 hari ni saya nak share pasal cerita yang telah berabad lama nya saya lalui . herrk . memang sangat lama . is about my induction week dekat UNIKL . 
What the hekkk ! nak masuk sem 2 dah baru nak cerita . biarlah tiba-tiba je terasa rajin nak menaip pasal induction week tu . 
*sangat lapuk sarah ni . sila faham sekarang .

 Saya mendaftar as student UNIKL -British Malaysian Institute pada 17 julai tepat jam 10.15 pagi . Saya ingat lagi waktu tu . Saya terpaksa park kereta dekat dalam UIA memandangkan British kami bukan lah besar sangat . Lepas park kereta terpaksa tunggu bus nak angkut kiteorang masuk dalam bumi British . dan on that time saya manusia yang paling last sekali masuk dalam bas dan terpaksa berdiri dekat tangga je! penat tau kaki ni terpaksa berdiri nak pergi bumi British . ceh ceh ayat tu hiperbola semata-mata . jarak kampus saya dengan UIA sangat-sangat lah dekat tak sampai 3 minit naik bus dah sampai . Sebab memang betul-betul sebelah UIA yang comel tu . dan fasi pertama yang saya kenal dan saya ingat is KAK IMAN . sebab dia comel sangat . oke sebenarnya saya ingat dia sebab waktu saya dalam bus tu dia menjerit dekat telinga saya dan saya berkenan dengan suara dia .suara dia merdu eh bukan merdu tapi serak serak . best woot . oke lupekan .

Lepas naik bus mak ayah kena pergi dewan kami yang paling besar sangat tu . Lepas kaki pijak je bumi British tu , time tu rasa Ya allah aku sendirian sekarang . Sorang - sorang ! Tak de mak . Tak de ayah . Aku kena urus semua sorang-sorang . Time tu nak nangis sangat - sangat  sebab tadi elok-elok ketawa dengan ayah , tiba-tiba saya sorang je kena pergi TTL * TTL ni macam dewan kecik lahh . 
sambung balik . 
and tiba -tiba saya tak sanggup nak jalan depan orang ramai sorang-sorang . arghh takutnya time tu . tapi  bekalkan confident yang sikit  so  saya jalan time tu memang  cover ayu habis . Jalan kalau boleh taknak pijak batu pun .! oke , malampau tu sarah . 


Lepas naik tangga dekat Foyer TTL pergi ambik numbor giliran and fail . After that ada banyak kerusi dia susun . Time tu dah garu kepala nak duduk mana . Yelah semua orang kiri kanan depan belakang semua  tak kenal . Jadi tengok-tengok ada kumpulan kecil budak perempuan tengah borak . and i was sitting there . and muka still berlagak macam confident . Padahal susun file pun terabuk ketaq punya pasai .

Lepas dah pergi meja daftar kena masuk dewan TTL *dewan/bilik kuliah sebab nak daftar hostel . 
Time saya masuk oke , lagi ada perempuan tengah tunggu turn . Lepas saya duduk kelibat -kelibat perempuan semua tu dah tak de , kecuali perempuan kat sebelah saya je . Dari 10 baris kerusi yang budak-budak ni duduk hanya saya dan kakak kat sebelah saya je perempuan . Saat dan ketika  tu dalam hati macam -macam dah terkeluar , macam menyesal sangat .Semua lelaki , mana wahai perempuan perempuan semua . huhu

''hah tu lahh dulu mak suruh ambik bussiness tak nak , nak jugak ambik budak lelaki punya kerja ''

''hah tu lahh , degil sangat .padan muka kau . lelaki je kawan kau .''

Biasalah dah terbiasa dengan environment kelas perempuan terover kan , dulukan saya budak accounting dekat sekolah teknik . so accounting je lahh yang ramai sangat - sangat perempuan . Dalam kelas time form 4/5 hanya ada 2 lelaki dalam kelas saya . so , sila faham keadaan saya ni erk  sbb memang dah lama gila tak bergaul dengan lelaki .

Sebab dah tak kenal sapa-sapa dan time tu takde langsung batang hidung perempuan pun . So time tu tak silap abang akmal yang kacak bergaya tanya nak bilik sama tak dengan akak yang sebelah saya tu . so saya pun oke je lahh sebab tak kenal sapa pun except kakak sebelah tadi .Bersyukur jugaklah sebab saya dapat roommates dengan dia  sebab dari susun fail sampailah nak dapat hostel memang saya tanya dia je

and alhamdullilah saya dapat group numb 2 sebab numb ID saya berakhir dengan number 2 . Dan dalam tu saya ada kawan yang saya kenal dan satu sekolah dengan saya tau . Hisyam and Shakir . Dalam group ni saya jadi penolong tau dan Mr hengsem Shakir jadi jetua and our group name is SCROLL .

So the induction week berjalan dengan lancar kecuali myself yang tak sempat nak habiskan induction week dengan jayanya . Sebab saya masuk hospital sebab nya over penat  dan gastrik yang terlampau kuat buat kepala saya kosong dan saya pitam malam tu .

oke cerita dia macam ni , tak silap hari rabu lah hari tu , saaat tu semua freshie berak-berak sebab keracunan makanan . TAPI saya sorang je yang muntah-muntah . SAYA SORANG JE . oke over sikit . hah memang saya sorang je . Dan saya muntah dari pukul 6 pagi sampai pukul 9 pagi . Time tu badan dah lembik gila . Satu badan mengigil . and sebab dah tak tahan sangat saya menangis . hochuu . manja saya kan . Tapi serius time tu sangat -sangat tak bermaya .and saya teringat mot yang tolong saya time tu . thanks mot .

Jadi saya pergi dewan lambat sikit . Sebab memang gila tak boleh jalan dah time tu  and yang buat saya bengang time tu ada sorang fasi ni dia boleh tanya saya .

''adik tak pernah berjauhan dengan keluarga ke ?"'
saya balas balik
'' pernah ''
''habis kenapa jadi macam ini ''

aih , boleh pulak dia cakap macam tu . Sakit tahu hati ini tapi sabar je lahh kann .

disebabkan saya ni penolong kumpulan jadi saya buat kuat je lahh kan . Dalam dewan tu sakit lagi  tapi tahan je  gelak-gelak dan nyanyi lagu paling havoc .

Esok khamis tu sakit lagi tapi biasa-biasa je .

Dan khamis malam tu ada program macam nangis -nangis laa . Dan malam tu saya dah tak sedap badan saya cakap dekat kawan saya yang saya rasa nak pitam dan time tu saya sempat lagi mengumpat .Saya ingat lagi . Masuk dewan , ustaz yang bagi ceramah tu tengah buat ayat sedih aa . Tiba-tiba saya gelap , saya ingat time tu saya jatuh atas Dinie . dan saya dengar Dinie cakap ..

''eh eh , sarah pengsan .''

dan seterusnya tak ingat .

sedar-sedar tak cukup nafas . dada sangat sakit .sakit sangat-sangat .
dan terdengar suara sumbang mamat ni cakap .

''eleh ni baru sikit dah pengsan belum dapat tekanan belajar lagi ''

time tu rasa nak bangun je nak pergi ketuk kepala mamat tu . tak de simpati langsung . tapi nak buat macam mana angan-angan je .

Disebab kan saya teruk sangat time tu fasi-fasi decided hantar sayat pergi hospital . dan saya boleh lagi demand time tu cakap kat akak Zainab

"please hantar saya private hospital , kpj members ."

sebab saya trauma dengan hospital kerajaan .
Jadi bermalam lah saya dekat Hospital Ampang Puteri . selama 3 hari 2 malam .
oke nanti saya cerita pasal pengalam 1st time duduk hospital ye .

*Hampir setahun saya tulis entry ni dan hari ni , dah nak masuk sem 3 baru saya nak publish , sarah sarah .. (:

wordsless


Kepenuhan jadual


Pening



Relaxing

*My habit , suka sangat tulis something then mati akal nak tulis apa , just save je . Tadi recheck dan banyak lagi yang tak release . (:

Sentap

Assalamualaikum






Cuma tersentap dan tersentuh dengan kata - kata dari seorang sahabat ni ,
 bukan takat tersentap dan tersentuh tapi buat peringatan unttuk diri ini jugak . InsyaAllah
 Dan bagi saya , kata kata dia sangat mungkin menyedarkan hati perempuan perempuan dekat luar sana untuk lebih menjaga maruah or else . Ye lah , kita kan perempuan . Bak kata kawan saya , semua ni lelaki ni ada udang disebalik mee . Walau baik mana pun lelaki tu depan korang , belakang pun dia kutuk macam macam. That my experience laa . so , with this statement mungkin kita perlu berubah supaya lelaki tak de lah pandang kita macam YARKKK !!! oke ?

 Sebenarnya ,saya start follow dia since dari zamman myspace lagi . Then , berlanjutan sampai fb then tiba-tiba terjumpa link dia punya blog . Dia antara blogger  Cepat !! tekang sini .   yang saya sangat nantikan nukilan dari dia sampaikan saya selalu spread dekat kawan kawan supaya baca blog dari dia , Serius ! Kadang - kadang tergerak hati saya nak suruh dia jadi penulis untuk buku 'Sinergi' , sebab penyampaian dia  superohsem . 

 Sebab apa saya suka sangat baca blog dia Sebab , reading his entry make me realise something that i can define it tapi yang pasti setiap kali baca blog dia , saya sendiri tergerak nak berubah ke arah yang positif , positif dan lebih positif . Cara penyampaian pun sangat ringkas tapi bermakna , sangat menepati citarasa orang muda macam saya yang sangat lalai ni . Dan isu yang dikupaskan bersesuaian dengan permasalahan kita sekarang . Ringkas , Bernas dan Berisi . Kadang - kadang entry dari dia buatkan saya rasa ,
 'ohh , aku macam tu aa , malunya '
 'aah , kaann betullah tu '
 Sebabnya kebanyakkan entry dia berdasarkan pandangan seorang lelaki , bab bab sound pun boleh tahan pedas jugak lah , sampai saya yang makan cili ni pun terasa .

Bagi saya dia sangat hebat ! Dia mampu menyentuh hati hati yang kering menjadi subur dengan islam .