Followers

perfect ?



petang tadi kita berdua nampak dia tengah berjalan kat bawah tu ,
kita duduk dekat tingkat 4 hostel waktu tu ,
kita nampak dia kan ?
kita lambai lambai dekat dia sebab dia lambai kat kita berdua
pastu awak terus cakap ,
'kita dah tak suka dia , bagi kita dia annoying , sekarang ni kita kalau nampak muka dia kita rasa menyampah sangat '
saya diam ,
dan tanya , 'kenapa tak suka ? '
awak jawab 'entah ,
tapi kita betul betul dah tak boleh pergi dengan perangai dia '
then , tiba tiba , esok tu awak ada problem .
dan Dia kawan yang awak keji dan awak tak suka sangat tu yang tolong awak .
saya hanya dengar perbualan tu dan tersenyum .

Awak selalu nakkan yang sempurna tapi sempurnakah diri Awak ?


ATM

hai my mr yang saya langsung tak tahu nama .
adakah kebetulan kita bertemu di situ ?
dan kenapa encik selalu datang melawat saya dalam mimpi ?
dan
kenapa ?

hai hai hai ,
' When you are saying you happy spending time with your boyfriend, you just exposing yourself to public and showing you do something haraam '

 khas ditujukan kepada si dia dan si dia yang selalu sangat post dekat fb
 'b i love u'
 'best naik moto dengan my baby tadi'
 'nak masuk tempat belajar sama lah , nanti hari hari dapat jumpa sayang saya '

 oi la la , geli kot . macam dia husband awak kan ,saya yang hari hari on fb rasa macam nak campak campak je phone . kadang -kadang tiba tiba terjerit sebab tak tahan nak baca , GELI .
awak tak rasa ke maruah awak terbang macam tu je ? 
tak rasa ke ? kesian kat awak .
tak rasa malu ke buat sesuatu yang haram ? 
tak rasa rugi ke bagi sesuatu kepada orang yang belum pasti kita punya ? 
best ke macam tu ?
nanti kahwin , nikmat dah tak de sebab dah biasa sangat buat kan .  

dunia akhir zaman , MasyaAllah
gonna busy gila
lab , lab , dan lab lagi ..
then ,
Alhamdullilah masih diberi peluang untuk bernafas lagi


watakmu


kau sentiasa dalam dunia mu sahaja ,
walau kacau mana hidup mu ,
kau masih mampu memberi kuntuman senyuman itu ,
aku suka watak mu ,
pahit mana kau telan jarang terlihat senyuman itu lekang dari bibir mu ,
aku suka watak mu ,
mr.siblings .
oh kau
kenapa sentiasa muncul dalam mimpi ku ?
saat pertama kita bersua
senyuman manis mu menemani pertemuan kita
aku di sini masih lagi berdiri kaku ,
eh , bukankah kau yang acap kali muncul dalam mimpi ku ?
dalam tidak sedar ,
kita selalu sahaja bertemu di petang isnin yang indah namun ,
mengapa baru aku sedar akan kehadiran mu , apakah aku sedang berhayal ?


ayah

Aku memerhati dan aku berfikir ,
Since duduk jauh , aku lebih banyak memerhati . memerhati betapa besarnya kasih sayang ayah terhadap anaknya . Aku sering melihat dari kaca mata ini , seorang ayah mengusap kepala anak perempuan nya dan terus mencium ubun ubun anaknya dengan penuh kasih sayang . terdetik di hati , pasti ayah aku juga pernah mngusup aku dengan cara sedemikian . tapi adakah aku akan megusup ayah aku sedemikian? Sekali lagi aku bermonolog dengan diri ku , melihat betapa besarnya pengorbanan yang ayah aku telah curahkan kepada kami ,dari dulu sajak aku lahir hingga kami matang sebegini , dia tidak pernah berkira mengikut kemahuan anak anaknya , tapi mungkinkah aku akan mengikut kemahuan nya bila saat dia tidak berdaya lagi ? insyaallah ,aku cuba menjadi anak yang tidak lupa siapa ayahnya , ameen