Followers

manusia

entah kata kata apa yang ingin ku susunkan . cuma rasa kecewa yang amat menggunung sedang ku tahan .
manusia itu sentiasa ada khilafnya .
usia makin mengijak tua ,
pelbagai ragam manusia kutemui .  
inilah kehidupan ,
yang kaya menindas si miskin ,
yang pandai menindas si bodoh .
ada disaat kita ketawa ,
hilang disaat diperlukan .
aku penat mentafsir ragam manusia dan yang pasti aku bukan sempurna .

Published with Blogger-droid v2.0.4

akan kurindui

Hari ini dikejutkan dengan satu berita kematian . Ye kematian . Siapa sangka sedang enak aku bergurau senda . Aku menerima panggilan dari abg tersayang . Dia cakap "ayah we dah takde" . Aku masih lagi blur , betulkah apa berita yang ku terima ini . Aku cuba menyembunyikan lagi air mata ku ini dihadapan mereka dihadapan ku.namun , setelah aku meninggalkan mereka .satu demi satu air mataku jatuh .


Akhirnya,selamat juga ku sampai di terengganu setelh jauh berjalan semalaman . Rasa terkejut masih lagi ada dalam diri ini , namun ku gagah kan juga diri ku utk menerimanya dgn redha .


Tepat jam 0830 aku bersiap utk melihat si dia yang akan kurindui,selamanya buat kali terakhir . Aku terkilan kerna sudah lama kami tidak ketemu .


Aku duduk . Meminta si dia dihadapn ku menghulurkan aku peringan buat si mati , iaitu yaassin.


Ku baca dan ku ulanginya sebanyak tiga kali , hairan sepanjang menghabiskan tiga kali bacaan yassin itu aku langsung tiada rasa penat seperti biasa yang aku alami .mungkin rasa bersemangat untuk menyedekahkan kepada si dia yang aku sayangi . Sekali lagi air mata ingin laju menuruni , namun ku tahan lagi , ego ku sangat tinggi untuk menitiskan air mata di hadapan mak ku .


Tiba saat mayat sudah siap dikafankankan , ertinya sudah masa utk kami bertemu untuk kali terakhirnya walaupun dihadapan kami hanyalah jasad semata mata. Aku mengalah , ku turunkan ego ku ini . Aku menangis akhirnya . Aku menerima hakikat bahawa si dia betul betul telah pergi buat selama lamanya .





selepas ini , akan ku jejak lagi ke teratak itu namun pasti selepas,ini tiada lagi panggilan 'saroh' dari anjung tetarak itu . lagi pasti selepas ini tiada lagi suara seperti si dia untuk menasihati aku . akan aku rindu saat saat di teratak itu .


#dedikasikan untuk pak cik belah ayah yang saya rasakan hubungan kekeluargaan kami cukup rapat . saya terasa sangat kehilangannya walaupun telah hampir dua minggu dia di alam sana . AlFatihah buat Omar bin Nong .


Published with Blogger-droid v2.0.4

pemalas

ahh , kenapa terlalu singkat wahai cuti ?
to do list tak siap lagi 
revision electric circuit , digital electronic belum settle 
mungkin suasana di rumah menyebabkan aku merasa terlalu selasa 
atau 
aku sahaja yang sengaja menyelesakan diri ini .
ahh , pemalas .



terluah

thanks Allah for give me a KAWAN , tapi bukan semua kawan SAHABAT kita .

and
thanks for give EYNASUHA . she is really good friend that i have ! i love this girl soo much . Dia selalu ada jaga tepi kain saya .

entah semalam sedikit beremosi , maybe sebab teringat paper technical math 2 dengan practical lab electric circuit . hooho , down gila kalau teringat both ni . bila teringat rasa macam nak quit je dari british ni and nak ambik kulinari je . senang cerita .

so last night , tak tahu dah nak cerita kat siapa and saya text dia ,
" eyna, macam mana nak pulihkan diri kita balikkalau kita tengah sedih "

and she replied ,
"istighfar banyak2 , ingat tuhan sygs.Kalau perlu nangis , luah kat someone .kau ada prob eh ? citer lah . i maybe not a good advise but i'll try to be a good listener . story lah "

alhamdullilah , walaupun masalah bukanlah hilang sekelip mata bila cerita dekat si dia ni , tapi sekurang-kurang terasa ringan sangat bila dapat luahkan dekat orang yang kita sangat sangat percaya & i know eyna don't let me do stupid things alone .




i miss the sound of your voice .

luahan

entah apa yang ingin diluahkan .
di kanan nota electric circuit namun di kiri lebih kuat mempengaruh dri ini untuk terus menaip .
entah apa yang ingin ku luahkan
aku sendiri keliru
terlalu banyak ingin diluahkan namun bukan masanya lagi , mungkin
cuma satu yang ingin kuluahkan

aku ingin menjadi setabah wanita ini 




buntu

aku buntu ,
betulkah jalan ini
Allah , apa aku salah pilih ke ?
saat ini nafas bagai tersekat-sekat ,
berulang kali kepala ini mengulang kata-kata ,
'adakah aku segagah yang aku sangkakan'
ya aku penat ,
ya aku takut ,
ya berkali -kali aku bertemu dengan jalan buntu ,
betulkah jalan ini
mampukah aku meneruskan jalan ini ,
bagai terasa aku sedang menempuh jalan mati yang tiada langsung nampak cahaya nya
aku buntu lagi
kuatkah diri aku ini
mampukah aku lalui jalan ini .
aku sendirian mencari solusi yang tidak sudah-sudah bermain dalam diri ini .
aku mencari lagi solusinya ,
sendirian memikirkan solusinya ,
betulkah ?
aku masih lagi buntu ..



tekanan



tengok status semua orang dekat fb semua pakat dok cakap pasal paper technical math esok . tak da apa pun nak di catit kan di sini . tapi saja meroyan nak juga buat entry sebelum cuci muka pergi mimpi mr osem malam ni . hehe .
oke . this week very stressful week . memang terasa dan merengsa amat dengan minggu ni . tidur pun tak stabil sebab last ada camping . sampai kan nak study technical math 2 pun macam nak tak nak je . sampailah satu tahap keluar pergi wangsa maju sorang-sorang . pergi munasabah kan diri kenapa jadi teruk sangat ni .dan shooping ye . fuhh , hilang stress . and now saya boleh study technical math 2 dengan sangat tenang . oke . kawan-kawan . shooping sangat membantu kita menghilangkan stress ye . oke doakan saya esok . kbai .