Followers

Anak sungai itu




semua orang ada masalah kan  . dulu waktu zaman belum matang kalau saya ada masalah mesti saya akan mengadu dekat kawan baik saya. hari –hari pergi rumah dia pun tak pe sebab saya dah rasakan diia macam adik saya . kiteorang sangat rapat . saya suka sangat pergi rumah dia tambah pulak saya ni tak de adik beradik perempuan jadi meman g teramatlah saya tak tahu  nak buat apa kalau saya duduk dekat rumah saya tu .jadi kalau saya ada masalah dengan je saya terus pergi rumah di a. tambah pulak kawasan sekitar rumah dia saya sangat-sangat suka . sebelum sampai ke rumah dia ada jambatan kecik dan ada anak sungai yang air dia sangat-sangat sejuk . selalu nya kalau saya datang rumah dia saya takk suka masuk berborak dalam rumah saya lebih suka ajak dia duduk dekat jambatan sambil kaki main-main dalam air sungai yang sejuk tu . hehe ,best sangat .

tapi tu dulu . masa kami sangat-sangat baik .masa saya belum pindah ke TI .
lepas saya pindah ke TI , dia rapat dengan orang lain . saya tak kesah sebab kawan baru dia tu pun kawan saya waktu saya sekolah rendah .tapi lepas dari saya pindah TI saya dah hilang kawan tempat saya mengadu selama ni . saya nak share ape-ape dengan dia pun agak susah sebab kami bukan lagi satu sekolah  . suasana sekolah dia lain . suasana sekolah saya lain . dia pun tak kenal budak sekolah saya so susah tau saya nak bergosip macam dulu . tambah dia lagi rapat dengan kawan baru dia tu .
dulu saya tension sangat  sebab tempat saya mengadu 80% hidup saya dah jarang dengar  masalah saya . asyik-asyik saya je yang call dia .hari-hari saya je yang text dia tapi dia masih anggap saya ni kawan biasa sedangkan saya anggap dia lebih dari tu  .

tapi ..
kawan bukanlah allah yang bila kita cerita masalah dekat dia, kawan kita tu boleh hilangkan masalah kita sekelip mata . dan bila saya tingkatan 4 saya kenal dengan sir Rafdi . Sir Rafdi ni sangat-sangat bagus orang nya . dia ajar saya English dan dia seorang yang sangat-sangat patuh pada agama . dia selalu bagi nasihat dan saya suka dengar sir rafdi bagi nasihat kat kiteorang dan kalau sir rafdi bagi nasihat memang saya akan catit dalam buku kecik saya . dan hari tu sir rafdi ada bagi nasihat

“menangislah kamu di sejadah dan kurangkan menangis di hadapan teman “


Dan  kebetulan hari tu saya dapat paper akaun yang bagi saya subjek  yang  membunuh  saya .dan saya tak dapat capai target saya . memang saya tak tahan sangat nak menangis  . habis je kelas saya cepat-cepat balik dorm . Sampai dorm terus capai telekung pergi surau dekat tingkat bawah . masa solat tu memang saya menangis sungguh-sungguh . saya luahkan segala rasa dekat allah . saya buat solat sunat hajat . saya doa banyak-banyak .  lepas solat saya ambil al quran mengaji sambil sebak-sebak .dan perasaan bercelaru ,kecewa yang saya rasa waktu dapat paper akaun tadi hilang . hilang jauh sangat-sangat dan saya langsung tak risau untuk berhadapan dengan kelas esok harinya . suatu perasaan yang saya tak dapat gambarkan . tenang sangat rasa hati ni .  rasa macam terlepas satu beban atas bahu ni . dan kalau kita sujud lama –lama sambil menangis mesti kita terasa waktu sujud tu tak de siapa-siapa pun wujud melainkan diri kita dan allah sahaja yang ada waktu tu . dan setiap kesusahan yang allah beri tu allah sebenarnya nak beri kita kegembiraan di akhir nya . Cuma perlu bersabar sikit .




amin

SEMALAM

Oke . last entry saya cakap saya telan panadol 3 bijik kan sebab sakit kepala yang amat sangat . Dan semalam saya dah pergi klinik buat check up . Tapi bukan lah klinik biasa yang ada doctor pakai kot warna putih tu . Saya pergi klinik homeopathy , actually saya dah sakit kepala ni since saya dari darjah 6 lagi . dah macam-macam ubat saya telan dah merata hospital saya redah dah berapa orang pakar dah saya ‘date’ .tapi sakit tak jugak hilang . jadi mak saya bawak saya pergi berubat cara homeopathy dekat Pusat Rawatan As – Syifa(Perubatan Homeopathy & Alternative) ni dan alhamdullillah , segala punca sakit saya selama ni diketahui . tapi waktu tingkatan 2 tu saya tak tahu nak cakap apa dengan doctor kat sana dan doctor tu cakap buat rawatan akupuntur je . so saya buat lahh . terpacak 4 jarum atas kepala saya ni . dan alhamdullillah sakit kepala sebelum-sebelum hilang ! dan saya terus buat rawatan akupuntur tu sampai tingkatan 3 . dan lepas tu saya tak buat dah rawatan tu sebab tak sakit kepala dah .


Tapi sebab kan dos akupuntur tu dah habis jadi saya pergi balik klinik tu sebab sangat tak tahan sakit kepala ni semalam . Dan jumpalah dengan doctor .kat sini cara rawatan dia dia tangkap gambar mata kita tau . Sebab dengan anak mata ni kita boleh tahu sakit apa kita . Jadi bila doctor tunjuk gambar anak mata saya yang baru di ambil tadi didapati punca segala sakit satu badan saya selama ini berpunca dari GASTRIK je . Selama ni saya rasa sejuk dekat bahagian kaki rupanya tanda gastrik rupanya . Sakit kepala saya selama ini sebab kan gastrik je . Jadi perkara pertama yang perlu saya rawat ialah gastric saya sahaja . Tapi dengan mengharapkan ubat dari klinik –klinik biasa mungkin gastric saya tak boleh diubati tapi hanya melegakan kesakitan . dan doctor tu cakap gastric saya dah lama dan teruk .oke doctor tu betul saya gastric dari saya darjah 2 lagi kalau tak silap saya lah sebab saya ingat saya pernah muntah makan ubat warna putih tu . hehe .

Dan lagi doctor tu check saya banyak toksik dan darah kotor dalam badan . Toksik dalam badan bermaksud makanan yang tak hadam dengan betul dan tak menjadi najis atau dalam kata lain sembelit . dan sebab kan toksik dalam badan ni lahh jerawat naik ke muka . oke ! yes saya ada jerawat sikit-sikit di muka ye . Jadi start sekarang nak muka licin cun melecun macam nora Danish kena lah saya rawat nak buat sisa toksik dan darah kotor saya ni dengan makan ubat cuci kolon dengan banyak-banyak .hehe . Secara klinikal yang selama ni saya faham jerawat ni di sebabkan minyak terlebih di bahagian muka tapi doctor tu cakap tu hanya 15% punca kulit berjerawat dan selebihnya perlu tahu dari akar di mana punca jerawat tu tumbuh macam saya ni sisa toksik terlebih .
Dan semalam saya buat rawatan akupuntur dengan stimulate je . tu je sempat . at least sakit kepala ni reda lepas buat akupuntur . rawatan seterusnya reflexsologi . doctor itu cakap buat reflexsologi sebab nak urai kan urat-urat tersimpul .


dan rawatan akupuntur ini bukanlah takat cucuk jarum dengan bahagian yang sakit tapi cucuk jarum dekat punca yang sakit . macam semalam saya ada sakit gastrik jadi jarum kena cucuk dekat betis sebab urat perut di betis .

panadol




panadol . oke malam tadi saya telan 3 biji panadol . 1st panadol jam 8.30 malam . ya allah sakit gila kepala . tak tahan sangat-sangat . nak-nak belah kiri .
oke , saya sangat-sangat tak suka telan penadol . saya memang selalu avoid dari makan panadol .kalau sakit macam mana pun still tak nak telan panadol . panadol kan bahaya . boleh mandul kot . saya nak mengandung eh . hehe .

dulu masa induction week dekat UNIKL . saya kenal dengan sorang ni . perempuan .dan time tu kami sama-sama period . tiba-tiba dia makan panadol yang warna pink tu 2 bijik sekali . saya marah dia . saya kata bahaya dan waktu tu dia tak sengugut pun . dia selamba jawab .

''aku makan sebab period, dah terbiasa , lantak aku lahh '' .

emh . malas dah lahh nak tegur . orang cakap bahaya tak caya .





oke .sambung balik . tak sampai pukul 10 malam saya telan lagi 2 biji panadol . sebab memang kepala ni sakit sangat-sangat . dan dengan harapan dapan tidur cepat dan sakit kepala dapat reda sikit dan harap-harap bangun pagi tak terasa sakit kepala . TAPI pukul 12 lebih sakit tak jugak reda . tidur pun tak boleh .ingat nak baca al-mulk sebelum tidur tapi sebab kan nak pecah kepala ni rasa jadi terbatal niat tu dan hanya zikir-zikir ringan mengiringi tidur malam tadi .

dan alhamdullilah bangun pagi , tak rasa dah pening-pening .

bangun terus mandi tak sempat jamah sarapan terus pergi bandar .

dari perjalanan balik lagi terasa nak muntah je .rasa badan tak sedap je .
balik rumah cabut tudung tak sempat sampai dalam tandas reus termuntah dengan banyak-banyak nya . tapi sakit kepala tetap jugak mengeras dekat kepala sebelah kini ni . aduihh .
sabar ja lahh ..

lepas solat zohor , mintak doa moga ringankan sakit kepala ni .
dan alhamdullilah . sakit dah berkurangan .

dan sebab tu boleh post entry ni .hehe


*Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

spm habis !

tak silap hari ini spm habis kan . oke .saya saya tahu pun sebab pengetua saya yang baik hati post dekat fb .hehe .baguskan .

teringat dulu-dulu dah habis spm . tapi time habis tu tak rasa heaven gilerr pun sebab time tu cuma budak akaun je last tinggal .so budak-budak engin semua dah balik .so takde nya bunyi-bunyi pelik macam anak buaya terlepas dekat hostel lelaki tu .faham-faham je lah kan budak engin memang otak macam ting tong sikit . dan kami-kami yang budak akaun ni memang sangat lembah lembut ye .

waktu kiteorang habis paper akaun ,keluar je dewan takde pun suara mengilai tanda kebebasan dari subjek akaun .semua budak akaun keluar dengan kesengehhan yang panjang . macam tak de perasaan je dah habis paper . saya pun tak faham .ingat kan nak jerit puas-puas tanda berakhirnya jajahan dengan puan yoe,tapi nampak kawan-kawan semua sopan je semua saya pun berlakonlahh jadi sopan .hehe *saya nano eh . nano tu nakal ya dalam bahasa terenganu .



bila pusing balik ke belakang , ingat balik zaman dekat TI .terasa sebak giler . teringat betapa rindunya nak kena tengking denganpuan yeo .?hah .
rasa lapang gilerr sebab semua usaha dibalas dengan result yang berbaloi buat mak ayah saya tersenyum .

kadang -kadang teringat betapa susahnya diri ni nak tempis macam-macam dugaan .timeni jugaklahh godaan dari lelaki banyak sangat datang . dan alhamdullilah , doa setiap kali selepas solat dari awal tahun hingga akhir tahun termakbul . dan saya istiqamah melakukannya , alhamdullilah .membuahkan hasil .

ni doa nya ..

''ya allah ya tuhanku , engkau jauhkan lah dengan adanya perasaan ingin bercinta dalam diri ku ini dan pulihkan kembali rasa cintaku ni selepasaku beroleh kejayaan ''


so habis exam , saya ,mimie ,eynasuha , kechek ,durar , syaqira ,hanisah pun bertangkaplahh gambar ramai - ramai .
mereka-mereka ni lahh yang membuatkan saya berjaya .all this is my catalyst .! thanks


syaqirah .spm 8A'S .now at Universiti Malaysia Pahang . Taking Diploma in electrical engineering .



mimie ! spm 7A's .Now at Kolej Matrikulasi Pahang .taking Accountancy .



yang kanan hanisah spm 8A's . yang kiri tu kechek spm 5A's . Now at UiTM JENGKA,taking diploma in accountansy .



Ainasuha .spm result sama dengan saya . now at UiTM ,MACHANG . Taking Information Management .


cerita kawan saya .

next post saya nak cerita tentang kawan yang membawa saya ke jalan yang sebenar .
i find the truth of islam .