Followers

Tears

 7/9/2023 

Kereta accident masa 3/9 pastu back to back busy.  Hari ni baru nak cerita dalam ni. 

Sebenarnya kan.  Saya tahan nk menangis & meraung since 3/9 lagi.  Banyak sgt perkara perkara yg emosi terjadi & hari ni baru sempat nak menangis meraung.  Just to express the feeling.  

Rasa sedih 

Kecewa 

Rasa diri anak tak guna 

Rasa nak bunuh je diri sebab tak jadi yg terbaik utk mok 

Dari dulu , selalu ada niat nak bahagiakan mok tapi ntahlh.  Kenapa allah tak pertemukan keserasian antara kitaorg berdua. 

Penat tau 🥲

Rasa mcm anak derhaka & anak tak guna 


Saya accident pun mok tak tanya khabar saya dkt sini 

Saya dekat negeri sembilan sorg sog.  I have no one 

Husband dkt laut , adik beradik jauh.  Family jauh 

No asked me , macam mana saya duduk sini

Mcm mana sy settlekan kereta hantar bengkel 

Saya sedih & rasa betul betul keseorangan 


3 Tahun Terbahagia

 Assalamualaikum Blog :) 

Dah lama tak jumpa awak 🥲

Saya dah kahwin tau awak.  Saya kahwin 21/1/2021 

Sekarang dah 2023 dah punn. Hahaha . Lama kan tak jenguk awak . Sebab inilah 3 tahun terbahagia saya pernah ada dalam  hidup saya 

3 Tahun Paling Bahagia 

Kan dari dulu saya sll cakap , saya takde tempat nak meluah utk segala rasa yg saya rasakan. Takde adik beradik nak meluah kan , kann  . Now alhamdulillah , Allah bagi pakej lengkap sangat awak.  SANGAT LENGKAP. 

Sampai saya takut mcm mana kalau Allah bagi pinjam sekejap je 🥲 Tapi saya tahu , lambat atau cepat - masa tu akan datang 


Ya Allah, panjangkan jodoh kami 

Sesungguhnya aku tak puas lagi menikmati bahagia ini.🌷 

Bisik

Awak
Tah kenapa semalam kan ,
saya rasa macam dah boleh put aside pasal jodoh

Maksudnya ,
Dingin malam solat tahajjud
Masa doa - saya macam terdetik dalam hati paling dalam

"Takpelah Allah kalau belum ada rezeki untuk aku bersuami. Aku redha"

Tapi kan awak ,
Macam sedih jugak la sebab -;
Semua atas bahu saya
Yelah , saya kan takde adik beradik perempuan
Teringin jugak nak mengada
Yelah , takkan nak mengada dengan kawan kan .
Kawan datang dan pergi
Nak mengada dengan adik adik lelaki mcm hampehh je

Takpelah
Inshallah


Jadikan Sarah manusia paling tabah 
Paling Sabar 
Paling redha dengan setiap kejadian 
Paling boleh terima apa jua keadaan dan masih berfikiran baik untuk tetap positif

Allah nak bagi yang palingg baik untuk awak, Sarah

Tetaplah peluk tubuh sendiri
Belai rambut sendiri
Pujuk hati sendiri
Sambil hembus -;
"Sabar tau Sarah . Allah sayang awak "

bisik sarah pada sarah .
Senyum*



Percaya

You Believe , You Perceive, and You'll get it 
Allah will help you 

Macam , 
Awak muda muda dulu ; 
Awak angankan nak jadi Engineer 
See , apa awak dapat sekarang ? 
Structural Engineer

Dulu , 
Awak berangan nak sampai Australia- 
See , Allah hantar awak percuma tau pergi sana 

Dulu,
 Awak berangan nak study Puspatri ambik course Safety/NDT 
4 tahun awak sabar cari peluang nak masuk Puspatri 
Allah tunjuk jalan course Inspection .
Allah bagi awak course yang cover 4 Jenis Sijil 
Tup tupp , course Safety/NDT dah ramai graduan , 
See,You're more valuable to industry , Sarah 

Dulu ,
 Awak berangan gaji besar - 
Alhamdulillah ,
Tengok akaun bank sekarang Sarah 

Dulu , 
Awak berangan nak pergi umrah dengan RM 3500
Berkat Sabar & doa 
Awak keluarkanRM 3500 je 
The rest, ayah sponsor 


Jadi Satah 
Meh susun balik hidup awak ni 

Apa yang awak nak gapai ?


BREAK POINT

Awak
Saya rancang nak sambung master sambil kerja
Saya nak jadi orang yang disegani
Orang yang berjaya

Agak agak mampu ke ?

Sarah,

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
“Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” 



Sarah sayang 
No matter how hard it is , you must go ! 
Deeply inside , I know you well 
I know, you can do this . Even better 

I know , you're such a very strong girl to your own world 
Kau kuat luar dalam Sarah 
Kau bukan jenis loser - 
Bukan jenis cepat angkat senjata 
So please Sarah ,
Hold on a lil bit more 

Ujian ni kejap je tau 
Pejam celik 
Dahh , Kau akan berjaya 
Life is Process & Progress 

Ada masa , kalau kena adapt the process 
Process jatuh 
Process untuk kau melangkau ke progress seterusnya 

Sabar sikit tau Sarah 

Innallaha ma’assobirin
Sesungguhnya , Allah bersama orang orang yang Sabar 


Jadi orang Structural paling berjaya tau ! 



Expectation

Awak ,
Sebenarnya saya nak je jadi yang paling baik


Ya allah , tak tahu kenapa rasa loser sangat

Am I put a very high expectation ?


Kurang

Hi awak, Blog 
Sekarang dah May 2020. 
Cepatkan masa berlalu . 
Cepat sangat 

Tak bercaya dah 10 tahun saya menulis dalam ni 

Hmm 
My life is so far soo good 
Tapi tak lah berapa baik 
Saya still deal conflict dalam diri sendiri 

Tah mana hilang konfiden diri saya ni 

2020
Checked - untuk kereta sendiri 
Checked - untuk position engineer 
Checked - untuk survive dalam MDD 

Awak , 
Hmm 
Saya rasa saya failed 
Tak tahu kenapa , saya rasa saya tak jadi engineer yang bagus
Saya rasa diri saya kurang dari semua orang 
Saya tak pandai bercakap 
Saya lambat pick up 
Saya kurang 

Atau saya je yang rasa ?



Cuba

19  Sept 2019

Me - is still trying to let go


Dia



Blog
Ini , Shazwan

Kawan baik kemudian berputik cinta
.

Tapi cinta berputik tak lama
.
Kemudian , kembali berkawan baik
.

Ada perkara yang tak boleh diluruskan dengan kata kata
Dan ada cerita yang tak boleh dihurai enak dgn tulisan

Cukup , apa yang jadi antara Shazwan & Sarah - hanya Kami yang tahu

Sengaja mahu tampal gambar ini disini sekadar buat ingatan yang - tempoh pengenalan kita antara tempoh paling indah dalam hidup ini .

Aku lepas genggaman ini - makin hari makin cuba

Aku tahu , suatu hari kita akan bertemu juga simpang perpisahan

Terima kasih kerna menjadi manusia paling baik utk aku

Terima kasih utk nasi lemak pagi pagi

Terima kasih utk gurauan bijak awak

Terima kasih utk selalu lighterkan benang benang di tudung saya

Terima kasih utk selalu ambik kan tisu selepas makan utk saya

Terima kasih utk sentiasa yg setia menghiburkan saya

Terima kasih utk 2 way communication yang kita selalu ada


Jauh sudut hati ,
Tak mampu aku lepaskan gengaman sayang ini
Tapi ,

Takpelah
Kita redha je dengan jalan yang terbentang ini


Nafas

Dada sesak
Lemas

Mana nafas ni ?

Tapi aku masih normal
Menjadi seorang Sarah yang sentiasa mencari ruang untuk tak berfikiran sempit


Dari seorang Sarah kepada Sarah
(:

Random

Pagi ni reporting dgn Lead Construction Engineer
.
You kena jadi kaya . You mesti jadi kaya . Sebab , untuk sedekah
.
Sedekah
Sedekah
Sedekah
.
Solat jangan tinggal . Subuh paling penting
.
Apa yang you buat sekarang is for your here afterlife
.
Sumpah pagi pagi dah buat aku menangis kena palu dgn orang mcm ni



Related image

200818-02022019

Last update blog on August 2018

Tahu kenapa lama tak jenguk awak blog ? Setahun kot

Dua Puluh Ogos Dua Kosong Satu Lapan dan seterusnya adalah hari hari yang paling bahagia pernah saya lalui tapi terhenti bila tiba Februari Dua Kosong Satu Sembilan 

(:

Noktah 

JUNE 2019


Hi blog kesayangan 
Lama tak jenguk awak 


Rasanya, aku mahu kembali menulis dalam sini 
Terlalu banyak hal terjadi 
Terlalu berat beban yang ditanggung


Saya sihat 
Saya dah besar 
Mungkin , matang sikit dari dulu (hihi)
Dan , dah banyak jatuh bangun saya hadap 
*Lap airmata

Dan , alhamdulillah 
Sekarang saya dah jadi Engineer 
To be exact , Structural Engineer dkt Sapura Energy Lumut 

Hebat kan ?
hahhahahahah

Banyak lagi nak luah tapiiii nak kena sambung kerja 
Bye 


Yang sentiasa mencari ruang untuk bahagia, 
Sarah 



 

Random Post

Assalamualaikum Blog Tercinta
.
Setahun sekali je jenguk awak
.
Awak ,
Saya dah 24 tahun

Hari ini 26 Julai 2017
Kira , dah sebulan saya tinggalkan Melbourne

Hajatnya ,
Praktikal January 2018 - saya nak pergi Melbourne
Atau , any part of Australia

Hari hari saya Rindu
Fikiran saya melayang layang ke sana
Bukan seminggu sekali .
Tapi hari hari .


Kira , mcm cukup hampir 300 hari ingatan saya pada Melbourne
.

Hmmm ,
Bila dah besar mcm ni awak
Saya sedar yang hidup bukan macam - kita doa dan kita dapat
Kita hajat dan Allah bagi
Kita berangan dan esoknya pup depan mata

Tak

Banyak impian saya dari kecik saya belum tercapai
Banyak angan angan belum dilaksanakan
Banyak anggapan positive saya dalam kehidupan - bertukar arah

Allah tak bagi direct , wak

Satu satu Allah bagi ujian , kemudian dia bagi direction towards that path

Hmmmm ,
Adakah yang  terjadi  sekarang berkait rapat dengan behavior saya ?
Atau , Asbab behaviour - Allah nak bagi sesuatu .
.
Andai benar , tunjuk kan yang benar
Andai salah , jauh kan

and all those things buat rasa -
betul ke jalan ni ?
betul ke ke react macam ni ?
Perlu ke fikir macam ni ?
Kalau tolak yang ni - dapat lagi ke peluang ni lagi ?



5 bulan

5 Bulan berlalu
Aku masih yang seperti dulu
Masih punya rasa
Demi bahagiakan diri sendiri


Sampai Bila ?

adakah aku sengaja menyedapkan hati aku sepuaya bahagia itu hadir kembali ?

Fuh , aku sendiri pun berlakon untuk tak buat diri aku sedih
Tapi

Sampai bila ?

Beri aku

Perlu ke aku simpan rasa ini lagi setelah sekian lama aku menunggu ?

Penat nya hidup sendirian begini

Tiada kawan
Tiada peneman cerita duka gembira

Sorang menangung lelah ini

Aku penat menanggung rasa ini

Beri aku bahagia !

Perlu Ke?

Perjalanan degree aku ,
Perjalanan yang sepi .

Sepi .
Jauh dari Manusia
Less talk kecuali dengan Nadia sahaja .

Dengan manusia lain aku totally mcm Stranger
Ntah
Aku tak rasa nak bercakap
Aku tak rasa nak memulakan bicara

Ndaknya
Aku kini lagi sepi

Tiba ,
Beliau hilang

Lagi aku tak punya siapa lagi untuk bercerita
Untuk cerita hari hari aku
Sepi , sesepinya amat

Bukan taknak berkawan .
Cuma , aku penat melayan kerenah manusia yang hiplokrit

Sakitnya bila hati kita tak berbalas
Ditinggal begitu saja

Perlu lagi ke aku menyimpan rasa ini ?