Followers

petang yang sgt memenatkan melayan budak nih..

HARIZ HAIQAL..
sgtsgt lah hyper..sakit pinggang aku..
naek basikal dgn budak demoook ni.hehehe.
pastu bawak bdk demook ni pergi kedai bawak 20sen je..
tp mak oi amik ais krim wall's..
hahah...terkezuut den.
selamat pandai pujuk..
dapat lah pujuk budak tu beli gule2 seposeng due..
hehehe..

balok-pekan-kuantan

yes..today is my shooping time!! selonok2 bia pn takat kat pekan je.wuhhaa

dulu pergi tak bawak banyak duit baju cantik2 putih mata je nengokk..tapi peliknye hari ni bawak duit berguni 1 baju pn tak cantik.adush..kesian mak den.beria datang dari balok ke pekan ingat dapatlahh cari baju raya cantek2..tapi hancur
pastu adalahhh 1 adegan ni yang buat mak den rasa marah yang amat..

mak:berapa kain ni??
sang penjual kain:mahal ni dik
mak:berapa ??
sang penjual:boleh ke beli??
mak:saya nak beli lah ni tapi dah cakap mcm tu tawar dahh hati
(terkebil2 bijik mata sang penjual tu)
sang penjual:erm,rm 70


so,kepada mereka2 yang menjual kat lua sane jangan lah pandang sebelah mata dengan kami sang pembeli ni..kan dah lesap rezeki..

oke!!

pastu balik kuantan shooping lah kuantan je...

tapi memang musim kain sekarang baju tak lawa kot..habis jelajah kedai kain..
sume langsung tak berkenan dekat hati..
memang ta lawa..
heheh..the end .noktahh

i beli dua helai blouse.cun laa jugak.
dari langsung ta bawak hasil dari pekan..hahha

zina hati

Zina mata dengan melihat,
kedua telinga zinanya mendengar,
lidah zinanya bercakap
tangan zinanya berpegangan,
kaki zinanya melangkah
hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap.
Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh (HR Bukhari).


Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..


Kemusykilan pertama: “apakah maksud detail zina hati?

al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:

berhasrat,berharap,membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Quran: “janganlah kamu mendekati zina (al-isra:32)


Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah mendekati.

Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan. Harap maklum.


Kemusykilan kedua: adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?

al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?


Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, sampai tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2).

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.


Kemusykilan ketiga: abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?

al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak

ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram.
Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi.

Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL.

Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi.
Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.


TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..

late meet the KECHEK..

..hari ini 'outing'ke bandar bersama kechek !!hahha..lepas jugak rindu ni.tapi terlewat sejam doe.hehehe..kesian kechek 1 jam jalan-jalan sorang2 tawaf ECM ..sory la kawan..before pergi ecm ,jalan nak pergi bandar jammed gilerr..biaselahh time budak sekolah terlepas..hehehe..so,dsbbkan sesak sgt ayah aku pun cakap nak pergi main saham jap..hhaha..adoi..ayah den ni mcm tatau je aku dah terlewat setengah jam..

so membatulahh diri ku kat dalam car tu.dalam 5min lps tu..aku ternampak couple ni..yang si perempuan tu bertemankan kawan dye ..tibe2 aku teringat lah zaman aku sekolah dulu.kalau korang perasanlahh 'kalau si perempuan yang kapel tu awal2 berkapel dengan laki tu mesti bawak kawan baek,dan melalui pemerhatiankulahh,kawan baek perempuan tu mesti yang lebih-lebih dari perempua yang kapel tu'..hehhehe..so,itulah yang aku nampak semalam..dan semestinye perempuan yang teman tu mesti buat muke kerek siket.haha..sejibik semalam..

oke2..lupekan kapel tu..melalut dah..

so,sampai lah ECM pkul TIGA
JANJI PUKUL due..hehhe..
so jalan2 shoping jap ..
pergi foodcourt
beli Icecream RAINBOW + jagung..
makan sambil kechek meluahkan perasaan kebencian,kekusutan.keserabutan dengan SISLUPEE..
after that...baliklahhh..
sekojapjee...
sobsob

meet the KETOD

hari ni naek skuter jalan-jalan makan angin jumpe si ketod a.k.a. sheda.rindu mangat dah 2 month ta jumpe minah ni.
*pic ni time form 3 ye..sangat kebudakan lagi*
amik dye dekat kedai pakcik nye then makan-makan kat 'blackstone'order laicikanggg and ABC.PASTU,pergi rumah meera..ya allah!!deebab gileer sekarang..mcm orang berkahwin.heheh.

pastu,pergi butik saffiyah usha-usha blouse,cute tapi mahall deh baek beli on9,half price dapat..hehhe.dah otw masuk butik tu wajiblah pergi ke 7E.hahha..aku suke msuk 7E ni sbb ade sorang akk ni asl aku jejak je kaki 7E mesti akk tu pandang da puas hati.aku pun tatau ape lahh masalah dye nngn aku..ke dye marah aku sebab selalu sangat beli SNEAKERS kt 7E.hhaha...ape lahh manusia sekarang..


selepas menyerempakkan diri berjumpa dengan akk tu,pergi balik rumah sheda,lepak tepi sungai..(perkara paling aku suke kalau pergi rumah dye)..so share lahh cerita selama 2 bulan tersimpAN Di ceruk hati ni..

kali ni pergi rumah gadis ni ta bawak camera pn.lerih..bawak camera mesti bawak beg buusaarr..part tu paling malas,so ta bawak lahh

away to terengganu

the things yg paling aku suke gilerr sbb dapat shopping habis-habisan kat atas 'pasor payang'..hahhaa..terutama asam.seriusly aku suke balik belah ayah sbb asl balik je mesti dpt ang pau.hahaha..balik t'ganu je mesti mewah hidup aku + belah ayah aku more like friendly..so,happy family..tapi tu no 2.tp paling best nye balik t'ganu ni sbb otw ke sana lalu ikut KERTEH..hehhe.yes.mmg aku suke giler lalu si ni sbb dapat tgk kilang petronas kirikanan .kadang2 funing kepala asyik toleh kanan toleh kiri
..



seriusly aku mmg fanatik giler tgk kilang2 ni.aku pn ta tau kenapa..kalau mase time berhingus lagi,aku slalu tgk dkt sebelah petronas punye kilang ade 1 tempat utk dye hasilkan api..kalo dulu api dye mmg besar gilos.aku slalu pikir agaknye kt situlah neraka sbb mmg ape dye besoor sgt..tp rupenye tmpat orghang petronas hasilkan tenaga untuk kilang2 seangkatan kat situ.TAPI skrg api tu makin kecik..kate ayah den.'SBB SKRG EKONOMI GAWAT,PRODUCT DAH TAK BYK BUAT' mcm tulah kata seorang trainee petronas..


kalau malam lagi cun habisss..
mcm malam cahaya pulak..yang kilang PETLIN mmg cun sbb kilang dye bermandi cahaya kaler putih..dan beribu batang lampu kalimantan.hehe..'
dan kat area kawasan ni tak buuleh nk capture gambar sesuka hati sbb camera ade 1 bahan yang boleh bikin explosion + kilang kat kerteh ni manyak kimia product(agaknyelah kot)sbb tu aku amik dkt GOOGLE je..